Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Jumaat, 31 Julai 2009

Tahniah kepada Dikir Barat Bahasa Arab SKTJ!


Pertama kalinya, pasukan Dikir Barat Bahasa Arab SKTJ berjaya menjadi johan peringkat daerah dan akan ke pertandingan negeri bagi sekolah-sekolah j-Qaf Negeri Pahang. Kira dasat juga laaa.. ehehehe

Apa pun tahniah la... sampai juga hajat aku nak bawa diorang pergi negeri. Bukan apa, saja seronok tengok budak-budak ni. Masa pengumuman menjadi johan tempoh hari, ada murid aku yang menangis ala-ala Akademi Fantasia la plak. Hmm hiburan memang disukai oleh setiap peringkat dan manusia sanggup berhabisan kerananya...

Besok aku akan mengikuti kumpulan ini membuat persembahan di stadium mini daerahku atas jemputan khusus daripada AJK Family Day - Felda Plantation Zon Timur. Bolehlah cari duit untuk kos pergi ke peringkat negeri dalam bulan depan. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan