Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Jumaat, 31 Julai 2009

Kemalangan Ngeri Di Bandar Maran

MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayilelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam. Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepitdi tempat duduk.

Kesemua mereka maut di tempat kejadian. Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32,pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif ImanNasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5. Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringandi kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerlohuntuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.

( Berita ini di copy paste dari KOSMO Online )

Inna lillah wa inna ilaiHi raji'un.

* Ustazah Fatmawati Harun ini merupakan rakan sejawatan (j-QAF 2006) semasa berada di Maktab Ampuan Afzan Kuala Lipis (kini IPGM Lipis). Beliau di unit 7, manakala aku pula di unit 8 dalam opsyen Bahasa Arab. Memang 'tak berapa cam' sebab semuanya lebih 200 orang pelatih KPLI j-QAF. Berita ini pun disampaikan oleh rakan-rakan lain keesokan harinya. Semoga Allah menganugerahi beliau sekeluarga dengan rahmat keampunan yang maha luas dari sisiNya. Allahumma amin!

Berhati-hati di jalan raya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan