Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Jumaat, 31 Julai 2009

Alhamdulillah! Aku Buka Gerai Buku...



Alhamdulillah...

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 31 Julai 2009 = 7 Syaaban 1430.

Aku berjaya memeterai satu perjanjian sewa gerai buku agama yang berobjektifkan untuk meluaskan lagi sarana dakwah di sekitar Temerloh.

Semoga impian aku ini menjadi kenyataan dalam memajukan daya pemikiran bangsaku yang ramai ini. Aku juga berjaya membawa masuk buku-buku agama dari Indonesia yang lebih berbentuk ilmiah sebagai bahan bacaan 'fokus' yang jarang terdapat di sini.

Kini, aku dapati corak pembacaan sesetengah penggemar buku di sini kian berubah dengan banyaknya tajuk pilihan untuk dicapai dan digapai.

Doakan, semoga bisnes ini bisa sukses donk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan