"Ustaz buat apa tu?" satu suara memecah kesunyian ketika aku sedang pening kepala membetulkan data dalam e-pelaporan 6 bulan pertama bagi kelas pemulihan j-QAF.
"Ada laa keje ustaz!" jawabku acuh tak acuh.
"Time rehat pergi la bermain. Nanti dalam kelas, belajar je. Jangan nak bermain pulak time tu." sambungku lagi.
"Tak nak laa!" jawabnya selamba.
"Ehmm ustaz buat apa tu?" ulangnya lagi.
"Ustaz tengah membasuh kain." jawabku berseloroh, sambil membetulkan data yang tersilap diletakkan.
"Mana kain, mana airnya? Ustaz ni kata tadi nak basuh kain." jawabnya lurus bendul.
"Ni tak nampak ke? Apa ustaz tengah buat ni!" jawabku semula.
"Ehmm tu ustaz tengah 'tekan-tekan' komputer." jawabnya semula dengan penuh yakin.
"Dah tau takpe, ustaz tengah buat keje ni. Kenapa tanya lagi?" tegasku.
"Saja je tanya. Mana tau ustaz main game ke? jawabnya serius.
Bebudak ni, memang suka sangat bila ada masa free tengok gurunya membuat kerja komputer. Kalau sekadar melihat sahaja tidak mengapa, tetapi siap ada sesi soal jawab pula dengan mereka. Sesi wawancara tidak langsung ini 'mengalahkan' wartawan. Apa sahaja yang terlintas, pasti akan ditanya mereka. Kalau hanya seorang, macam dalam kes ini tidaklah begitu berat soalannya. Tapi, jika mereka mula berkumpul dan bertanya soalan. Memang sampai pagi 'lusa' pun belum tentu habis lagi terjawab semua soalan dan cerita yang mereka ingin ceritakan.
"Dah laa, pergi berehat, jap lagi nak masuk kelas pulak! Ustaz ada keje nak buat ni." Perintahku seperti biasa, sambil melihat ke wajahnya. Rambutnya disikat seperti tidak bersikat dengan gaya terkini. Murid sekolah sekarang memang gemar berfesyen dengan gaya rambut 'pacak' ala Beckham yang membosankan. Aku sering menegur mereka dan menyuruh agar mereka membasuh semula rambut itu agar jel yang digunakan kembali normal seperti rambut biasa.
"Ni kenapa rambut tak bersikat. Kusut je!" tegurku.
"Alaa ustaz tu pun sama, kenapa janggut ustaz tu tak sikat jugak. Kusut je." Balasnya selamba.
grrrr! @#$*&!!!??%$#
*Budak sekarang memang pandai menjawab, sama juga dengan aku dolu-dolu! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan