Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Sabtu, 11 Julai 2009

Mari Membaca Surah al-Fatihah

Sebahagian murid pemulihan al-Quran di kelasku. Semuanya ceria dan bahagia.

Sambil belajar, mereka boleh berbaring dan bermain. Kalau berlebih-lebih, ada yang kena 'rotan berbisa'.

Apabila boring belajar, boleh bermain dan berlari-lari dengan riang. Selalunya belum sempat belajar sudah mula berlari dan berpusing. Belajar kena perlu ceria... ehehehe..

Ini adalah salah seorang muridku yang ceria. Aku tidak mendengar makhraj hurufnya sewaktu membaca al-Fatihah, kecuali pada ayat akhir iaitu Amin....! Tapi mereka pasti menutup mulut sewaktu sebut amin, kerana amin tidak dibaca kecuali dalam solat sahaja.

_____________________________________________________



Sewaktu mereka datang ke kelas pemulihan ini. Pelbagai gaya yang ada pada riak wajah mereka. Ada ceria, gembira, bahagia, derita, sengsara dan muram durja. Aku mula menyuruh mereka membaca surah al-Fatihah, memandangkan silibus sudah mula menjejak pada surah al-Fatihah sebagai ayat pemula dalam pembacaan dan hafalan al-Quran mereka.
Belum pun sempat apa-apa, mereka pun mula bersoal-jawab, "Ustaz, baca alhamdu tu ke?"
"Ya!" Jawabku pantas.
Tiba-tiba datang seorang muridku yang sering lewat. Masuk dan tergopoh-gapah. [Sila lihat gambar murid yang sedang berlari]. Itulah orangnya. Sebaik sahaja dia duduk, aku terus bertanyakannya.
"Kamu tahu tak al-Fatihah? Atau surah al-Fatihah?" soalku kepadanya.
Dia diam terkebil-kebil sambil berfikir sesuatu. Belum sempat aku ingin memberitahunya, dia menjawab dengan penuh yakin.
"Ehmm kawan saya ada laa. Namanya Nurul Fatihah. Saya tak suka kawan dengan dia. Rambut dia 'buruk', kerinting-kerinting macam Maggi."
Aku pun terus tak melayan ceritanya, sambil menahan gelak.
"Okey murid-murid! Kita baca surah al-Fatihah, 1... 2... 3...!"
"A'uzubillah... Bismillah... Alhamdulillahi......... " mereka terus membacanya dengan kuat dan nyaring.
Fuhhh... selamat aku dari cerita-cerita yang terlintas di kepala mereka yang bakal melambatkan proses PnP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan