GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di Pulau Pinang, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung.
Adun Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.
* Takziah buat Matki (Mohd Zaki Bin Hamdan) rakan sepengajian Ibn Tofail. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh ayahandamu dan ditempatkannya di kalangan kaum syuhada dan para solehin.
Amin ya Rabb al-'alamin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan