Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Sabtu, 11 Julai 2009

Sepanjang Bengkel Penulisan AFN (5/7/2009)

Alamghiri menyampaikan cenderamata kepada Kapten Hafiz Firdaus selepas tamat slotnya petang itu.

Alamghiri bersama Founder AFN iaitu Protaz Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL) yang baru 'kebah' demam petang itu. Alhamdulillah! Manakala Abu Adam (Bendahari AFN) pula tekun mendengar bengkel dari ahli panel slot 2. Mungkin Abu Adam akan buat sebuah novel tidak lama lagi?

Aku memberikan tumpuan kepada ahli panel slot pagi iaitu Puan Hasliza dari Berita Harian. Di sebelah beliau ialah Protaz Akob73 yang penuh 'macho'. Manakala di sebelah aku ialah Syeikh Efendi al-Johori atau Arradhi AFN, ex-Madinah. Dalam slot ini, Pn. Hasliza banyak memberikan tips yang tidak pernah aku belajar dalam menyediakan sesebuah rencana atau artikel sebelum ini. Semuanya adalah pakai 'taram' sahaja. Selepas sesi ini aku berhasrat untuk menyediakan rencana dengan tips-tips yang telah diberikan. Terima kasih Puan Hasliza!

Lihatlah ketekunan kami yang memberikan fokus pada ilmu yang diberikan. Memang seronok menimba ilmu sebegini, teringat zaman dulu-dulu waktu belajar. Sebelah kanan ialah akh Syarief, Aku dan Syeikh Efendi (Arradhi)

Aku menjadi pengerusi bagi Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam slot terakhir pada hari tersebut. Satu perkongsian hebat daripada beliau sepanjang 10 tahun menulis buku agama. Sudah 37 buah buku yang beliau hasilkan. Tahniah kepada beliau!

Slot 2 yang dipersembahkan oleh Puan Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin dalam topik penulisan novel Islam. Beliau telah menghasilkan lebih 5 buah novel bercirikan Islam sebagai santapan remaja. Waktu yang agak suntuk membuatkan bengkel ini tidak begitu menarik untuk diperkembangkan kepada semua peserta... hanya kisah pendek seperti kisah 'Aiman tak kisah' dan 'Tragedi...'

Ketua Editor Majalah i, iaitu saudara Md. Yani Abdul Manaf turut hadir memberikan ucapan beliau kepada para peserta yang hadir. Semoga beliau terus cemerlang dalam usahanya.

Peserta dari kalangan muslimat yang tidak melepaskan peluang dalam bengkel ini.

Para peserta muslimin yang memenuhi ruang dewan yang kelihatan agak sempit dan padat. Mereka akan memulakan penulisan mereka sebaik sahaja bengkel ini tamat. He he he... janji tauuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan