Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Sabtu, 18 Julai 2009

Kisah Ramadan 1999-2000 Lampau (3)

Perjalanan dari Suez ke Jeddah memakan masa 3 hari 2 malam menaiki feri umrah yang menakutkan. Macam kembali ke zaman sebelum 1960-an. Feri yang memuatkan 2 ribu penumpang sepatutnya, dimuatkan dengan 5 ribu orang demi mencari 'keuntungan' tanpa ciri-ciri keselamatan berkesan.



Perangai Arab Jahiliyah


Pada hari aku dijanjikan untuk pulang, sekali lagi kami terkandas kerana kami mengagak pegawai imigresen Mesir yang ‘buta warna & hati’ itu tidak lagi bertugas. Tapi sangkaan itu meleset, kerana pattern mereka adalah sama sahaja iaitu suka menyusahkan orang lain. Pelbagai alasan diberikan mereka tetap tidak menerimanya.


Sedangkan pada masa itu, visa dua minggu baru sahaja diberikan kepada rakyat Malaysia yang ingin masuk ke Mesir. Tapi para pegawai itu memberikan alasan, visa 2 minggu hanya untuk mereka yang menaiki pesawat penerbangan, bukannya berlayar melalui feri. Jawapan yang tidak masuk akal, fikir-fikirkanlah…. Mungkin mereka tiada surat pekeliling sebagaimana yang dilaksanakan di dalam jabatan kerajaan seperti Malaysia. Apa pun, mereka masih mengamalkan sistem berbentuk feudal. Siapa ketua, dia adalah raja dalam jabatannya.


Ketakutan kerana ketiadaan visa dengan cerita menyeramkan apabila berada dalam tahanan lokap Saudi mula melanda diri kami. Kisah ngeri seperti kehilangan teruna dan pelbagai lagi cerita yang membangkitkan trauma mula timbul tanpa diminta. Akhirnya kami terpaksa pergi ke Konsul Malaysia Jeddah bagi mendapatkan bantuan. Perghhh naik teksi sana, duit macam minyak mengalir deras daripada nozzle ke dalam tank kereta. Duit yang aku simpan untuk membeli belah buku di Pameran Buku Kaherah yang terkenal itu, akhirnya hanya tinggal angan-angan sahaja.


Perangai Orang yang Sukakan Kesenangan


Sampai di sana, masalah kami tidak dapat diselesaikan juga kerana pegawai konsulat Malaysia pada hari itu ‘tidak ingin membantu’ itu sahaja coretan penuh perasaan yang aku ingati hingga saat ini. Masih teringat lagi namanya ketika aku berbual-bual ‘mesra’ dengannya. Beliau yang banyak ‘mengutuk’ sistem Arab, tidak ubah ‘berperangai’ seperti orang Arab juga. Aku yang meminta bantuannya bagaikan tidak disambut.


Segala yang aku terangkan padanya, dia dengan cepat ingin menghubungi keluarga kami di Malaysia seolah-olah ingin mengelak beban tersebut. Kami hanya inginkan beliau bersemuka dengan pihak imigresen Mesir untuk melepaskan kami melalui pengangkutannya memasuki batas sempadannya. Itu sahaja yang kami mahukan bantuannya, tetapi dia tetap berkeras ingin menghubungi keluarga kami di Malaysia.


Macam aku lainlah, seorang ‘pengembara’ yang tidak mahu menyusahkan ibu bapa dan keluargaku. Aku buat keputusan sendiri, aku kena tanggung sendiri. Aku bertekad tidak mahu menyusahkan mereka selepas aku membuat keputusan belajar di luar negeri. Mereka semua sedaya upaya enggan melepaskanku keluar negeri selepas aku mendapat panggilan di universiti tempatan.


Akibatnya, semua benda terpaksa aku buat sendiri daripada mula membuat pasport, membeli tiket kapal terbang, membeli segala kelengkapan dan sebagainya yang difikirkan perlu. Keadaan itu membuatkanku matang dalam menghadapi segala saat getir sebegini.


Bagi kedua rakanku juga demikian, Wifaq tidak lagi punya ayah dan ia tidak mahu menyusahkan keluarganya di tanah air, manakala Pok Od nama manja bagi Dr. Daud pula, beliau lagi tidak mahu menyusahkan keluarganya memandangkan beliau sudah tidak punya ayah ibu di tanah air. Namun semangat belajar yang tinggi ditunjukkan beliau dari usia yang begitu muda patut dijadikan contoh bagi mereka yang membaca kisah ini.


Beliau yang berasal dari Selangor telah mula ke pondok di sekitar Kelantan dalam usia yang masih mentah. Kemudian demi mencapai impiannya, beliau menuju ke Pakistan, seterusnya di Syria selama 6 tahun dan menyambung ijazah sarjana mudanya di Libya pula selama 4 tahun. Akhirnya dia ke Maghribi untuk bertemu dengan kami di sana. Apatah lagi dengan kekentalan jiwanya itu, beliau juga tidak mahu menyusahkan keluarganya dalam keadaan seperti itu. Akhirnya, perbincangan empat mata aku dengan pegawai konsulat itu menemui jalan buntu.


Kami keluar dengan rasa hampa. Sudahlah sebelum itu, kami berjumpa dengan seorang pak syeikh dari Kedah yang sudah menetap di Saudi selama 25 tahun. Beliau juga memberikan jawapan yang hampir sama dengan cara yang teragak-agak untuk membantu kami. Sudahlah time raya, tak dak laa pulak nak ajak kami pergi ke rumahnya beraya. Bila kami tanyakan mana-mana bantuan muhsinin untuk membantu orang seperti kami. Dengan ringkas dia menjawab, “Muhsinin ini ramainya di penjara laaa. Mereka akan beri bantuan kepada orang tahanan dalam lokap.”


Sembang memang hebat, tapi jawapan itu tidak kena pada tempatnya. Rasa terbakar hati time tu, tapi apakan daya. Bersabar adalah lebih utama daripada dihamburkan! Kami pulang semula ke Port Jeddah dengan perasaan hampa untuk menunggu ketibaan feri seterusnya. Almaklum laa, 3 hari 2 malam perjalanan dari Jeddah ke Port Said. Duit pula semakin berkurangan.


bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan