Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Ahad, 28 Mac 2010

Perjumpaan Ahli AFN di PBAKL 2010

Semalam aku sempat ke KL bersama ahli keluarga. Secara kebetulan kami mengunjungi ibu saudara di Damansara yang baru sahaja keluar dari hospital (HKL). Selepas berada selama sejam lebih, kami segera menuju ke PWTC. Setibanya di sana, sempat bertemu dengan kawan rapat ketika belajar dahulu iaitu akh Dr. Ahmad Wifaq a.k.a Izrail dalam laman al-ahkam.net (berkopiah) rakanku yang baru pulang dari Morocco selepas menghabiskan selama 12 tahun di sana dari BA, MA dan PhD.
Itu kelebihan beliau yang jarang dapat ditandingi, kecuali pencabar utamanya iaitu adiknya sendiri bakal Dr. Ahmad Irdha yang bakal pulang dalam 2 tahun lagi juga dengan gelaran Dr. Beliau pulang ke Malaysia awal tahun ini dengan isterinya berbangsa Arab Morocco bersama dua orang anak iaitu sepasang lelaki dan perempuan. Adiknya juga berkahwin dengan wanita Morocco dan baru mempunyai seorang cahaya mata.
Kelihatan dalam gambar iaitu Muhammady07 dengan gaya rambut terbarunya, Ust. Mat al-Ahkam.net (AAN), Tuan Hasan Tuan Lah (THTL) founder alfikrah.net (AFN), Dr. Wifaq dan Ustaz Mukram (sepupu kepada Dr. Wifaq dan juga anak kepada x-Mufti Pahang).

Kami berkumpul di restoran Riverside yang berada di tingkat bawah. Kelihatan dari kiri: THTL, Muhammady07, Dr. Faidhi yang sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan, aku dan juga akh Akob73 yang sedang menandatangani kontrak bukunya yang terbaru eheheh.


Gambar ini pula menunjukkan aku sedang memberikan autograf dalam karya aku bersama akh Akob73 atas permintaan rakan AFN iaitu Ansarussunnah. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada beliau. Allahhumma faqqihhu fid din.. Ya Allah fahamkanlah dia dengan hal agama dengan lebih mendalam. Amin...

Selepas menandatangani buku kami bergambar kenangan. Dari kiri: Akob73, Ansarussunah (berdiri di belakang), Haji Fickry (Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf), Tuan Hasan Tuan Lah dan aku.

Banyak yang kami perbualkan dalam usaha memartabatkan karya penulisan dakwah di Malaysia ini. Walau kami hanyalah segelintir kecil yang mampu memberikan sumbangan. Moga sumbangan yang kecil itu dinilai BESAR oleh Allah Taala. Di hadapan aku ialah Ustaz Fakhruddin a.k.a Din Madani al-Ansari, member sekolah lama yang datang dari Kuantan, tahan aku laa sikit sebab dari Temerloh aje.
Dalam pesta kali ini aku sempat juga bertemu dengan seorang pengarah dari sebuah syarikat penerbitan buku Indonesia iaitu Akbar Media, tidak lama yang kami bualkan kerana aku tidak mempunyai idea yang baik untuk diketengahkan.
Hampi 4 jam berada di sana, akhirnya kami pulang ke Temerloh dengan singgah di sana sini. Pukul 1 pagi barulah dapat berlabuh di atas katil... huarghhh! Penatnya badan. Alhamdulillah!

Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Zon Sekolah Rendah


Minggu lepas aku dipelawa menjadi hakim bahagian fasohah dan kelancaran dalam pertandingan hafazan. Peserta hampi 30 orang kesemuanya. Selalunya kami tidak mengetatkan masa kerana pertandingan perlu dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan. Pagi seelah sampai ke lokasi, kami diberikan taklima terlebih dahulu oleh ketua hakim. Selepas itu kami bertolak ke destinasi pertandingan di dalam blok yang ditetapkan. Kami berada di sana 20 minit sebelum pertandingan dijalankan.
Keras pemarkahan diedarkan dan kami diberikan masa untuk berbincang had minima dan maksima bagi markah yang harus diletakkan dalam kertas tersebut agar idak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tidak lama kemudian, pertandingan pun dijalankan dengan begitu meriah sekali.

Kelihatan hakim bahagian munabbih sedang memerhatikan calon yang bakal mengambil kad undian bahagian set hafazan yang perlu mereka baca dalam pertandingan tersebut. Set hafazan itu dibahagikan kepada 5 bahagian iaiatu A, B, C. D dan E.
Contohnya bahagian A terbahagi kepada 4 bahagian kecil pula iaitu seperti berikut:
Bahagian a) Surah al-Fatihah - bahagian wajib dalam semua set yang perlu dibaca oleh para peserta.
Bahagian b) adalah surah biasa seperti Surah al-'Alaq - iaitu bahagian pilihan yang hakim munabbih akan suruh baca dan ulang ayat tersebut, selalunya bagi peserta sekolah rendah ia dalam kategori surah lazim (ayat Lazim bawah daripada surah al-Dhuha yang mempunyai lebih 10 ayat).
Bahagian c) pula adalah surah 'pancung' yang sukar dibaca oleh para peserta dan orang tua. Misalnya surah al-Takwir, al-Muthaffifin dan sebagainya.
Bahagian akhir iaitu d) adalah bahagian surah yang kebiasaannya boleh dibaca oleh para peserta seperti surah yang kurang 10 ayat seperti surah al-Fiil, al-Quraisy dan sebagainya.

Bahagian atas ini adalah gambar para jui yang sihat bergaya. Aku snap dalam keadaan mereka tidak sedar kerana sedang khusyuk mendengar hafazan para peserta. Ada juga peserta yang tidak berjaya membaca surah-surah lain kerana gugup atau gementar. Hanya surah al-Fatihah yang mampu dibacanya. Setiap kegagalan membaca surah-surah ini akan dipotong 15 markah 'tanpa ampun'.
Dalam ramai-ramai tu ada seorang peserta yang tidak boleh baca ketiga-tiga surah ini dan aku memotong markahnya hanya tinggal 2 markah. Syadid tak? Biasa laa kalau lepasan Maghribi memang 'kejam' selalunya eheheh, sebab kami diajar begitu dalam memberi markah. Kalau markah 50, yang 50 itu hanyalah untuk ALLAH yang berhak dengan segala kesempurnaanNYA. 49 untuk Rasul sebagai manusia yang terpilih. 48 untuk para ulama muktabar yang berjuang dengan penuh kepayahan. Begitulah yang kami diajar, jadi membuatkan kami senantiasa memilih perkara terbaik untuk dilakukan.
Disiplin akademik cara 'kesian' sememangnya tidak ada pada kanak-kanak Arab. Tapi di tempat kita, mereka tak boleh buat kerja langsung kalau kita berikan sedikit tekanan. Sememangnya manja, kena rotan sikit mak bapak datang riuh rendah kat sekolah. Jadi?!!! Macam mana mereka nak mantap?
Kalau di Ipoh, selepas waktu bekerja aku pernah melihat kanak-kanak Cina yang berusia 5-6 tahun yang diajar matematik oleh ibunya cukup kasihan. Si ibu yang mengendong adik, sempat merotan sambil menjerit ke anaknya yang tidak boleh menyiapkan matematik mudah tersebut. Budak itu terketar-ketar menahan sakit sambil menangis. Kalau orang kita buat begitu, mungkin generasi kita kebanyakannya adalah golongan pintar matematik.
Seingat aku, matematik yang sering aku gagal dalam ujian dan peperiksaan, mungkin kerana tidak pernah dirotan berbanding dengan membaca al-Quran. Jadi aku memang kerap dirotan jika tidak dapat membaca al-Quran dengan tartil. Bukan setakat rotan, penampar, luku... entah apa lagi laa.. Kalau bab sekolah, awal lagi ayah aku warning, "Jangan sampai abah dengaq cikgu mengadu kat abah ceghita macam-macam...!"
Gulp!??? Tertelan air liur aku mendengar amaran macam itu. Abang aku yang ingin berhenti sekolah masa aku masih belum sekolah, pernah dibelasah oleh ayahku dengan rotan semambu. Berbirat satu badan. Phewww ngeri beb! Tapi sekarang abangku yang belajar setakat SPM mampu menjadi usahawan berjaya di kalangan peneroka Felda. Dia mempunyai dua buah kedai hardware setakat ini. Berkat kena rotan agak aku...
Ayah aku selalu pesan kat aku, "Walaupun tokwan hang ada tanah berelung-relung, abah nak beli motor sebiji pun cari duit sendiri." Jadi, memang ayah aku tak pernah ajar dengan memberi apa sahaja kepada kami, tetapi dia mengajar kami menggunakan idea di kepala untuk mendapatkan sesuatu. Ibarat pepatah Cina, "Jangan biasa memberikan ikan kepada seseorang, tetapi ajarlah dia bagaimana untuk memancing."
Jadi biar kita kedekut sedikit dalam memberi markah agar murid itu lebih berusaha keras untuk berjaya... betul tak?

Isnin, 22 Mac 2010

Grafique in Graffiti... Alamghiri dalam seni!


Teknik graffiti ini aku belajar dari internet. Bagi mengaplikasikan di dalam realiti tidaklah sukar sangat. Nanti aku ajar bagaimana cara melakarkannya. Cuba cek gambar Tunku Abdul Rahman tu, memang nampak realistik, sebab ia berasal dari gambar sebenar. Jadi teknik graffiti ini lebih kemas lagi apabila dilakukan menerusi kaedah stensil.

Aku diminta menghasilkan mural 1Malaysia ini sebelum habis cuti sekolah tahun lalu dalam masa 2 minggu. Cuma tekadkan azam dan luangkan masa satu hari. Kerja ini boleh disiapkan dalam masa 2 jam sahaja. Persiapan kena lebih lama laaa untuk create something creative...

Aku dok tercacang kat situ untuk menunjukkan saiz sebenar mural yang dilakarkan ini. Penggunaan teknik ini sebenarnya lebih murah dan menjimatkan masa berbanding teknik lampau yang sememangnya amat memenatkan. Beberapa minggu lepas aku sempat melihat satu hasilan karya kreatif di dinding kelas Kemas, cantik tetapi berasap mulut orang yang membuatnya, sebab terlalu banyak merokok untuk menghasilkan idea di dinding itu.



Dalam beberapa minit sahaja lakarannya ini siap dengan bantuan hanya seorang pembantu sahaja iaitu Ustaz Lah. Pembikinan ala-kadar ini bolehlah dilakukan jika ada orang yang berminat menghasilkan karya dengan teknik yang cepat dan pantas. Kalau nak mengecat satu persatu, itu bukan kerja namanya. Itu mungkin bala (ujian) bagi orang yang mempunyai banyak kerja lain. Bagi aku, semua lakaran ini adalah sebagai satu cara melepaskan segala kekusutan dan tension sepanjang masa di sekolah.

Ini cara yang baik laaa untuk menghilangkan kemurungan. Kalau cara tak baik, selalunya mereka membuat teknik vandalisme dengan memecahkan barang, peralatan, harta benda awam dan sekolah, menconteng dinding dengan kata-kata makian dan carutan. Itu boleh dikira sebagai teknik tidak sihat yang patut diketepikan.

Itu aku menegaskan bahawa Islam membawa sesuatu perkara itu dari kaedah yang tidak baik ke arah bentuk yang natural dan lebih baik. Perkara itu tidak salah dariu aspek asalnya, tetapi ia akan berubah menjadi haram jika ia diselewengkan dan mampu memudaratkan orang lain dari aspek akidah, ruhiyah dan juga fizikal.

Jadi kita kena fikirkan dengan cara yang terbaik. Sewaktu aku berkunjung ke Sepanyol, sepanjang jalan masuk landasan keretapi ke Madrid di Estacion de Atocha. Kelihatan begitu banyak lakaran graffiti yang cukup menarik. Mereka menggunakan ruang rata untuk 'menconteng' dan tidak pada tiang benteng pagar landasan seolah-olah terdapat disiplin di situ untuk membuat graffiti.

Berbeza di tempat kita, mereka menconteng dengan perkataan tidak baik seperti f*ck, anarchy vs peace, b*d*h dan bermacam lagi perkataan yang tidak baik dan tidak sopan. Malah mereka menconteng apa sahaja dan menyusahkan orang lain seperti menconteng papan tanda, menyolek gambar model dengan melukis misai, janggut, tandi dan sebagainya. Hehehe...

Pernah aku berada di Bosnia, sentimen keagamaan yang meluap-luap suatu ketika dahulu di sana antara Islam dan Kristian telah menghasilkan kesan graffiti yang amat menggetarkan jiwa. Mereka melakarkan syahadah dalam tulisan Arab di atas dinding dan batu yang tinggi menunjukkan keberadaan umat Islam di sana.

Mungkin bagi sesetengah umat Islam tidak setuju dengan perkara ini. Tetapi ini merupakan satu rasa yang luar biasa, apabila sepanjang masa kita menelusuri negara kafir tetapi apabila kita sampai di sebuah kawasan umat Islam. Kawasan pinggir kota Sarajevo yang mempunyai kawasan paling ramai umat Islam Bosnia di samping puak Croatia dan Serbia. Kesejahteraan dan kedamaian kembali berlabuh. Tidak terungkap rasanya apabila melihat graffiti diukirkan kalimah syahadah di penjuru batu bukit. Indah sekali!


Gambar di atas ini menunjukkan menara KLCC yang dapat disiapkan sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu terbengkalai. Projek sebegini memerlukan mood juga untuk menghasilkannya kerana peruntukan yang diberikan adalah ciput. Jangan tatau naa!


Muka aku yang berserabut ini menunjukkan kepenatan yang tidak terhingga sehinggakan janggut aku pun tidak terurus. Namun kepuasan menghasilkannya dalam masa 2 jam begitu terasa kepuasannya walau letih. Tarikh itu sekitar bulan Disember 2009. Selepas itu, projek penyempurnaan ini 'terbengkalai' sehingga tibanya musim percutian penggal pertama persekolahan Malaysia 2010.


Kali ini aku mengajak En. Shah seorang pakar komputer untuk bekerjasama dengan aku di sekolah. Tidak sampai 4 jam, kami berjaya menyiapkan sebuah kota metropolitan di bawah naungan 1Malaysia. Hehehe.... Sebelah itu, kelihatan bahu yang agak sasa iaitu En. Shah yang sedang mencuci tangannya setelah habis mengecat. Kalau tengok menerusi gambar ini kelihatan agak perfect, tapi jika dilihat secara real. Memang menyakitkan mata, fungsi ini sama sahaja jika kita melihat wajah seseorang. Dari jauh kelihatan comel lote. Pabila dekat-dekat... wah banyaknya jeragat! Hihihi

Bak kata orang, dari jauh wajahmu bak bulan bercahaya, apabila dekat wajahmu kelihatan bak permukaan bulan. Menggerutu!? Tau tak apa... Kalau kita lukis tak cantik, jangan peduli apa yang orang nak cakap. Sebab ramai orang hanya tahu bercakap, tapi dia tak tahu pun nak buat. Betul tak?

Ini dari sudut sisi, penuh kekalutan kerana setiap semburan cat itu dihalang oleh angin yang agak kuat. Semburannya tidak akan sekata dan nampak menarik. Lagi satu semburannya itu dihasilkan dari tin cat biasa, jika dari set air-brush yang mempunyai pakej lengkap untuk menghasilkan semburan yang halus atau kasar. Memang akan lebih menarik dan mengujakan bagi mereka yang melihatnya. Ingat nak juga beli satu set, tapi entah bila laaa nak guna nanti. Kerja lain pun banyak juga.

Ini dari sudut bertentangan untuk menunjukkan kepada anda bahawa betapa kalutnya jika kita hanya menggunakan free-hand. Bila garisan atau semburan itu tidak lurus dan cantik. Kita boleh mengalihkan pandangan orang dengan menghasilkan titik-titik bintang. Sekali lagi diulang, titik-titik bintang bukan binatang. Atau apa sahaja yang difikirkan menarik. Contohnya, kita boleh buat dot-dot sahaja, daun-daun, love-love dan sebagainya.

Jadikan ia berwarna warni hingga orang teralih pandangan ke arah titik-titik itu. Jika ini berlaku, ia akan menjadikan satu kesan khas. Contohnya apabila kita mempunyai rasa huduh di wajah, kita kena alihkan benda itu menjadi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Bubuhlah make-up tebal-tebal bagi yang non-Islamik, tapi yang Islamik sebaiknya terus berpurdah untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Ehmm betul ke ni? Lu pikir laa sendiri camner nak solve your problem... Hihihi

Ini sebuah lagi keberhasilan yang dapat dikaryakan pada hari yang sama. Satu lagi dinding tong sampah, aku tak sempat nak snap gambarnya. Sebab time tu, perut sememangnya begitu lapar dan dahaga. Atas permukaan ini aku berhasrat untuk menulis lirik lagu Negaraku, bukan negarakuku. Tapi entah bila pula, aku pun tak tahu. Mungkin cuti penggal kedua nanti. Insya Allah.

Inilah gambar penuhnya yang dapat dipaparkan kepada anda semua. Semoga anda sihat wal afiat hendaknya. Sekian terima kasih. Wassalam...

Ahad, 21 Mac 2010

Aku di pesta buku 2010....



Aku bertolak dari Temerloh dalam jam 10.00 pagi selepas bersiap dan berkemas, aku hanya duduk di sebelah dengan kereta dipandu oleh isteriku. Kami sampai di Hentian Putra dalam jam 12.00 t/hari. Kira hebat juga laaa, isteriku memandu sampai ke depan PWTC. Catatan penting dalam sejarah pemanduannya ehehehe...

Kami terus masuk ke ruang legar PWTC, banyak gerai buku yang bagus-bagus dengan kepelbagaian tajuk buku yang ada. Sepanjang kunjungan aku itu masih terdapat beberapa kekurangan dari kalangan penerbit buku itu sendiri. Antara contoh yang aku terdengar dalam perbualan pelanggan dan penjual/penerbit seperti berikut:

Pelanggan: Encik, buku seni khat tak ada ke?
Penerbit: Oooh buku itu kami tak ada jual lagi...

Aku melihat ke arah kedua-dua mereka, seorang berasa hampa dan seorang lagi hanya dia tidak terkata. Ini sebenarnya poin utama aku ke Pesta Buku, aku dapat mendengar dan melihat apa jenis kekurangan yang ada dalam penerbitan kita.

Ramai penerbit ada citarasa tersendiri, ada yang memfokuskan kepada bidang tertentu sahaja. Namun dari satu aspek, mereka masih belum menepati citarasa setiap pelanggan yang ada. Kadangkala perkara itu dibiarkan begitu sahaja. Kelompongan ini tidak diisi dengan sebaiknya dan ia amat mengecewakan.

Selepas puas aku berpusing sekitar ruang legar di bawah, aku menuju ke ruang legar Karangkraf dengan ruang pameran bukunya yang terbesar dalam pesta buku kali ini. Aku melihat ke iklan dinding yang terpampang besar dan kelihatan buku aku Suci Diri Mencari Ilahi antara yang berada di kedudukan terakhir dalam senarai buku terlaris. Alhamdulillah!


Keadaan agak sesak kerana ramai pengunjung ingin bergambar dengan memuatkan wajah mereka di ruang depan kulit buku (cover). Inilah masanya untuk menjadi model kulit Majalah, ye tak? Di bahagian koleksi buku agama, kelihatan buku aku berada di atas rak paling atas. Fullamak! Cam tak caya je... Tengah dok belek-belek buku aku itu ada juga buku baru yang belum aku miliki. Aku mesti miliki juga buku-buku itu nanti.

Selama aku menulis buku 7 tahun lalu, inilah buku aku yang dikira terangkat sedikit kerana 14 buah buku lampau tiada promosi sebenarnya. Ia ibarat perahu yang hanyut bukannya perahu yang berlayar. Jadi memang susah nak tulis buku tu memang satu hal, nak promosi pun memang satu hal yang lain. Jadi pasrah sahaja le...

Selepas aku berada di sana seketika, aku menuju ke bahagian atas dan terus ke dewan seberang sungai. Di sana banyak juga buku baru yang kelihatan. Kedai buku al-Hidayah, PTS, KarnaDya dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Di sana sempat aku dengan isteri berpakat hendak membeli CD Maher Zain, sudah lama kami mencari CD nya. Tapi manalah nak jumpa kecuali menerusi internet. Lagunya okey laa... buat halwa telinga sementara nak mencari idea...

Selepas puas berkeliling ke sana, kami menuju pula ke bahagian atas untuk melihat beberapa buah gerai lagi di bahagian tersebut yang belum dikunjungi seperti Utusan Karya, Telaga Biru, Fajar Ulung, Jahabersa, Hijjaz Record, Sasbadi dan macam-macam ada!!!

Kalau nak cari kitab ini, dulu aku selalu pergi ke Fajar Ulung sebab dia banyak kitab, tapi sekarang harganya mendongak ke langit dan lupa bahawa masih ada tanah lagi di bumi ini. Phewww! Punya mahal mak datuk! Aku cek harga untuk sebuah buku bab sirah yang terkini, harganya mencecah RM347 sebuah. Perghhh!

Arab situ tengok aku lama membelek buku dan isteri tokey yang dah hampi nak kenal muka aku pun datang tanya apa yang dia boleh bantu aku. Aku sengih-sengih sahaja sambil menjawab tak apa... terima kasih aje. Dia pun belalu pergi kepada orang lain. Pekerjanya yang seorang lagi menyapa aku dengan bahasa Inggeris pelat Arab. Welkam broder! Everi buk hev diskoun.. No problemm...

Memang laa diskaun, tapi kalau harga sampai RM347 sebuah dan dia beri 50% masih lagi dok ada RM120 sebuah. Sedangkan buku itu kalau pergi naik kapal terbang dan pergi ke Mesir, acah aje! Alaa kalau kirim kat student kita yang dok kat Mesir, harga itu tak sampai laa macam tu punya mahal eheheh

Ok laaa, habis kat situ... tengah dok belek-belek lagi, tetiba dengar budak kita belajar Mesir speaking dialek Mesir dengan pembantu gerai Arab kat situ... Wahh hebat! Tapi yang kurang hebatnya, tak usah laa cakap kuat macam kita dok kat Mesir. Orang Mesir memang suka bercakap kuat dan kadangkala hampir memekik... Hampir semua orang dok perati kat diorang berdua. Ini satu kesan pengaruh Mesir yang diterima pakai dan dibawa pulang ke Malaysia.

Aku kat Temerloh pun ada juga seorang lecturer yang suka bercakap kuat, tapi aku kenal dia dari sekolah lagi memang macam gitu. Jadi kalau dia datang dan jumpa aku, memang cakap Arab sekuat-kuat hati la, aku agak satu bandar Temerloh pun boleh dengar dia bercakap eheheh. Tapi biarkan laa...
Sampai ke satu gerai tu, aku melihat demonstrasi penulisan khat dilakukan. Para penulis yang dihasilkan oleh yayasan ini begitu baik dan amat berkualiti. Malangnya, aku melihat para penulisnya itu tidak berjaya membuat sebuah pun buku berkaitan kaligrafi Arab bagi menjawab persoalan pertama yang diajukan oleh pelanggan di tingkat bawah tadi. Kelompongan ini perlu diisi oleh tenaga yang berkemahiran tinggi. Jadi sesiapa yang ada kemahiran bolehlah jumpa aku untuk merealisasikan impian ini.

Banyak juga duit aku kehabisan dalam menjayakan kunjungan ke pesta buku kali ini. Semua yang dibeli bukan untuk dibaca dan dikaji tetapi hanya untuk mengisi kelompongan ruang di kalangan para penulis kita. Maksudnya, aku membeli buku kali ini adalah untuk berkarya, sedangkan banyak juga karya yang di kuun dahulu masih belum siap. Tetapi, apa salahnya... setiap karya dimulakan dengan angan-angan kosong. Betul tak!

Ini sebahagian koleksi buku aku di rak gerai Penerbitan Jahabersa.

Insya Allah, minggu depan aku akan turun semula untuk bertemu dengan para penggiat di AFN (www.alfikrah.net). Sememangnya ini menjadi rutin tahunan kami di sana. Kalau di Eropah, inilah masanya para penerbit dan para penulis berkumpul dalam sesebuah pesta buku yang besar untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman. Tapi di Malaysia, kurang dan jarang-jarang dilakukan. Okey, apa pun nanti jumpa di sana.... :)

Demam Pesta Buku 2010 menyerang....!

Di sini aku ingin mengucapkan ribuan kemaafan kerana buku Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah masih belum siap dicetak lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...

Segala kesulitan amat dikesali...

Sekali lagi aku memohon maaf atas kelewatan tersebut...

Namun aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Alaf21 yang telah memberikan ruang terbaik pada buku aku yang berjudul Suci Diri Mencari Ilahi. Terima kasih banyak-banyak... di sini dikepilkan beberapa buah pakej yang disediakan di pesta buku tersebut.


Tidak lupa kepada koleksi Akob yang menjadi tumpuan di sepanjang pesta buku tersebut. Tahniah diucapkan... semoga kejayaan demi kejayaan yang dimiliki oleh Akob menjadi pendorong kepada aku untuk mengikuti jejak langkahnya. Insya Allah!

Rabu, 17 Mac 2010

Fikir cuti-cuti sekolah Alamghiri....

Gambaran seorang tentera elit Yeniçeri oleh pelukis Itali kurun ke-15 iaitu Gentile Bellini dan ia dipotretkan di dalam buku aku yang terkini iaitu Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah.


Ehmmmm... Cuti kali ini aku tak pergi ke mana-mana. Aku cuma siapkan beberapa kerja penulisan yang terbengkalai tetapi semuanya hampa belaka. Mungkin mood tak mari. Walaupun peserta Raja Lawak kata... Mesti Marey!

Idea aku tetap juga tidak datang... dalam waktu ini aku lebih banyak berfikir. Bukan hanya nama aku Fikri - fikiranku, tetapi aku memang suka menghabiskan masa dengan berfikir. Sebenarnya tidak payah kerja pun tak apa, tapi berfikir dengan baik sebelum kita ingin melakukan sesuatu kerja dan itu adalah lebih baik daripada kita tidak befikir dalam melakukan sesuatu kerja.

Kadang-kadang aku sudah bertekad untuk melakukan 'karya' ini, tetapi apabila mencari bahan yang berkaitan untuk membantu mengembangkan 'karya' aku itu. Apa yang datang dan muncul adalah sesuatu yang lain dan ia membawa kepada idea untuk karya yang lain. Selalunya beginilah yang terjadi pada diriku. Halangan demi halangan yang melambatkan proses tercernanya sebuah idea untuk dikongsikan bersama.


* * *


"Hah! Amacam ustaz?" Tegur seorang kawanku di kantin sekolah.

"Alhamdulillah, okey je." Jawabku sambil tekun membaca akhbar.

"Ada buku baru keluar ke?" Tanyanya lagi.

"Ada juga dalam minggu lepas, tapi tengah print di kilang". Jawabku sambil menatap beberapa rencana akhbar pagi itu.

"Tajuk apa pulak kali ni?" Tanyanya bersungguh.

"Tentang kerajaan Uthmaniyah, berkaitan dengan sejarah." Jawabku lagi.

"Aisey! Susah tajuk tu, kena buat kajian mendalam bab sejarah ni. Bukan senang nak menarik pembaca ni. Banyak buku bab tu tak berapa detail dari aspek kajiannya." Ujarnya panjang lebar.

Aku seolah-olah tersentak dengan ulasan yang tidak diminta itu. Aku pun bukan pernah mempromosi secara terbuka karya penulisan aku di sekolah. Cuma aku berikan kepada seorang cikgu untuk tolong menjualkannya atas permintaan beberapa rakan guru yang lain. Sedang aku sendiri berasa malu untuk mempromosi, apatah lagi untuk menjaja buku-buku yang 'tidak sesuai' dibaca oleh guru-guru berpendidikan tinggi ini.

Aku sendiri tidak pernah mengiktiraf diri aku sebagai penulis sepanjang pembabitan aku ini. Entah mengapa, aku tidak berminat menggelarkan diri aku sebagai 'penulis buku'. Kerana aku merasakan diri aku begitu kerdil untuk disama ratakan dengan penulis-penulis buku lain yang lebih dikenali. Aku hanyalah penulis 'picisan' yang berjuang seorang diri untuk berkongsi maklumat dengan mereka yang berminat 'sejalan dengan aliranku'.

Buku-buku yang aku hasilkan hanyalah sebagai 'pendahuluan' untuk para pelajar agama yang ingin mengambil sedikit perkongsian ilmu untuk diri mereka. Sekali lagi diulang, untuk dikongsi bersama para pelajar jurusan agama yang ingin menambah sedikit ilmu berkaitan subjek yang mereka ambil dan pelajari.

Setiap buku yang aku hasilkan bukanlah sekadar buku 'santai' atau novel 'cinta remaja'. Tetapi ia adalah subjek pelajaran yang akan diguna oleh mereka yang ingin mempelajari isi agamanya. Jadi, setiap hasilan kerja dan karya ini bukan kerja sehari dua atau seminggu dua, tetapi menjangkau hingga setahun dua.

Karya aku yang terkini berkaitan dengan Kerajaan Uthmaniyah ini adalah hasil kajian dan pengumpulan bahan selama lebih 6 tahun. Sumber yang diambil pula adalah dari sumber Islam dan juga Barat yang anti Islam. Semuanya dibaca terlebih dahulu dan disaring dengan ringkasan yang tidak ditinggalkan isi pentingnya. Kerja ini dibuat sehari dan ditinggalkan lebih dari sebulan, diambil dari bahasa Turki dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan sekali lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Tidak seperti dalam 2 3 tahun lepas, Google Translator tidak sehebat sekarang. Jadi banyak kerja yang terpaksa dikumpul dan dicatat. Sememangnya manusia mempunyai kelemahan tetapi upaya untuk meminimakan 'kelemahan' tersebut perlu dinilai.

Dalam bidang penulisan karya ini, setiap perkara difikirkan sebaiknya untuk diletakkan. Apatah lagi dengan fakta sejarah yang begitu banyak dolak dalik para pengkajinya. Kita terpaksa mengambil semua poin dan menyaring sehalus-halusnya agar ia tidak terseleweng dari faktanya yang asal. Sukar sememangnya sukar!

Menulis sebuah cerita, adakalanya senang jika direka dari apa yang kita fikirkan sesuai. Tetapi jika sebuah cerita rentetan dari fakta sejarah, ia memerlukan sedikit kesungguhan. Kesungguhan ini tidak termasuk lagi emosi silam yang kita imaginasikan agar ia menjadi sebuah karya fakta sejarah yang hidup dan mampu menjernihkan zaman kegemilangan itu.

Penterjemahan karya secara langsung dengan meninggalkan nama penulis asalnya adalah lebih mudah pada pemikiran sesetengah orang. Tetapi tidak terfikirkah mereka, kadangkala penterjemahan itu seringkala tersasar dari apa yang dimaksudkan oleh penulis asalnya. Hal ini begitu banyak terjadi dalam senario penterjemahan karya Indonesia. Jika buku ilmiah yang dihasilkan di Indonesia kadangkala begitu banyak kesilapan dan kesalahan dalam penulisan nama dan gelar setiap tokoh tersebut. Hal ini lebih kurang sama dalam setiap hasil karya penulisan Arab yang cuba mengekalkan nama tokoh Barat dalam karya mereka atau istilah-istilah Barat yang lain.

Contoh mudah seperti penulisan nama tokoh Inggeris Alexander Graham Bell kalau dalam buku Arab Alecsander, Alekxander, Alexandre, Alejandre dan pelbagai bentuk tulisan yang boleh ditemui kerana hasil rujukan mereka berbeza mengikut kemahiran berbahasa mereka.

Manakala contoh teks Indonesia serta Malaysia sendiri apabila mereka mengalihkan nama tokoh Arab seperti nama Baqi bin Makhlid, ada yang menulis Makhlad, Mikhlad, Muhklad dan Mukhallad. Ini sebahagian contoh yang dapat dikemukakan olehku, sepanjang rujukan dan pembacaan.

Setelah segala bahan itu dikumpulkan, pengekalan nama dalam penulisan asal mereka sepatutnya dititik beratkan. Betapa banyak penulisan karya terjemahan dalam bahasa Melayu sendiri tidak mengekalkan identiti ini. Contohnya, apabila kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kita sepatutnya mengekalkan nama tokoh dan sebagainya dalam bahasa tersebut. Ini kadangkala ada sebahagian penulis ilmiah yang 'terkeliru' dalam hal ini seperti mereka yang menulis nama tokoh orientalis seperti Joseph Schaht. Ada yang menulis Jozef, Joucef, Youcef, Jozeph dan sebagainya.

Ketelitian dalam mengekalkan keaslian nama dan istilah perlu diutamakan. Kesalahan menulis nama bandar dan negara seperti kesalahan ejaan Tokio, Spanyol, Kordoba, Landen, Istambul, Siria, Yordan, Misir dan sebagainya. Kemahiran kita perlu diselaraskan jika kita menggunakan bahasa pertama dan kedua dalam karya penulisan. Contohnya Belanda, jika di dalam bahasa Eropah lain seperti Perancis ia disebut sebagai Pays Bas, dalam bahasa mereka pula Nederlanden dan dieknali juga sebagai Holland selain dalam bahasa Inggeris yang ditulis Netherlands.

Contohnya dalam penulisan buku aku berkaitan dengan tentera Turki Uthmaniyah (Ottoman) ini dalam kelompok tentera elit Turki yang digelarkan Janissary - Janissaries (Inggeris) atau Inkisyari (Arab) dan diMelayukan sebagai Janisari oleh sesetengah penulis dan para pemberi istilah. Maka aku lebih berminat mengekalkan namanya sebagai Yeniçeri dan ia dirasai lebih hidup lagi.

Ini topik utama bagi mereka yang ingin menulis topik berkaitan sejarah. Mungkin sesetengah pihak tidak memandang berat hal ini. Tetapi bagi pelajar jurusan hadis seperti aku, ini yang dititik beratkan oleh guru kami dalam menulis nama tokoh dan ia amat berkait rapat dengan bidang sejarah dan sirah. Itu tidak termasuk fakta tahun, tarikh hijrah dan masihi, tarikh lahir dan wafat tokoh tersebut dan sebagainya.

Jadi, aku mengharapkan buku aku yang akan terbit ini tidak banyak berubah dengan apa yang aku hantar kepada mereka. Moga skrip itu terus dikekalkan segala keasliannya dalam masa proses pengeditannya dilaksanakan. Insya Allah, buku tersebut boleh dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa 2010 kali ini dan anda rasai keseronokannya dengan gambar yang turut dipaparkan di dalamnya.

Aku hanyalah seorang pejuang yang tidak seiring dengan para pejuang yang lain. Aku dengan caraku dan biarkan mereka dengan cara dan gaya mereka. Bukan perlu hidup penuh glamour sedang masyarakat terus diabai dan dibutakan dengan kisah nista yang merosakkan. Hidupkan pemikiran mereka, perjuangkan Risalah Agung ini. Agar kita berbahagia di sini dan di sana kelak! Amin....

Isnin, 15 Mac 2010

Kisah haiwan di kampung...


Aku memandu kereta ke Bandar Jengka untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di sana. Kereta yang dipandu oleh aku pada hari itu adalah jenis Camry 'kotak' seperti gelar kawan kakakku padanya suatu masa dulu. Aku pula dikerahkan olehnya untuk membawa kereta tersebut, memandangkan kereta aku seperti sebuah rumah atau perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku dan segala macam 'mak nenek'.

Aku pun memandu keretanya selepas 'puas' membantah pelawaannya itu. Penumpang pada hari itu seperti biasa, isteriku, kakakku dan anaknya Awatif (5 tahun) serta anak sedara aku yang bernama Ijlah (9 tahun) . Kami menaiki sebuah kereta dan kakakku yang seorang lagi dengan keluarganya menaiki sebuah kereta lain.

Memandu kereta yang besar dan 'mahal' memang menyeronokkan kerana tidak perlu kelam kabut sewaktu untuk memotong kereta lain. Ini kerana jalan menuju ke Bandar Jengka agak 'teruk' dan sempit. Tak tau laa bila jalan iu akan dibaik pulih dengan sebaiknya...

Sewaktu kami sampai di kawasan tanah rancangan Jengka 17 tak silap aku, beberapa ekor lembu kelihatan di tepi jalan sedang 'bahagia' meragut umput. Tiba-tiba terdengar sesi dialog kedua anak sedara aku tadi.

Awatif: Ehh... kambing ke tu?

Ijlah: Bukan kambinglah tu Awatif... itu kerbau!

Aku rasa macam nak pecah perut menahan gelak.... yang bertanya dan yang menjawab sama-sama memberikan jawapan yang salah.

Ini biasa bagi budak-budak bawah umur dan jarang melihat haiwan ternakan berkeliaran.... kalau masa aku kecik dulu, haiwan ternakan ini berkeliaran dan selalu dengar cerita motor eksiden dengannya. Arwah bapaku juga pernah eksiden dengan 'kerbau balar' yang kurang kelihatan jika hari 'gelap'. Akibatnya dia terlantar hingga 3 bulan lebih kerana patah tangan.

Jadi itu antara bahaya binatang ternakan yang dilepaskan bebas berhampiran jalan raya yang masih terdapat di sesetengah tempat terutamanya di tanah rancangan.

#Moralnya: Jangan memandu laju di jalan kampung.

* * *

Suatu masa dahulu, abangku sering membawa anaknya yang masih kecil bersiar-siar menaiki motor ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur pada waktu pagi. Anaknya yang masih kecil ketika itu diletakkan di dalam raga motor hadapan. Anaknya yang berumur 3 tahun ketika itu, baru mula pandai bercakap dan menyebut nama-nama haiwan.

Sewaktu dia melihat apa sahaja haiwan yang kelihatan, pasti dia akan menyebutnya.

Tucin!... jeritnya apabila melihat kucing.

Mbuu!.. apabila melihat lembu.

Ayamm! apabila terpandang ayam di seberang jalan.

Ttikk! sewaktu dia terpandang ke arah beberapa ekor itik...

Aaa... tik?!!

Tiba-tiba... dia terdiam sambil memusingkan kepalanya, apabila dia terpandang ke arah haiwan di sebelah parit rumah salah seorang peneroka Felda. Abangku yang merasa pelik dengan tingkah laku anaknya yang tiba-tiba macam tersasul itu, terus memalingkan kepala ke arah haiwan yang menarik perhatian anak kecilnya itu.

Terlihat di sana, beberapa ekor angsa sedang 'rileks' menyudu di parit. Mungkin bersarapan pagi ketika itu. Tahulah dia yang anaknya masih belum diajar menyebut nama angsa yang berbeza dengan ayam dan itik yang sering dilihatnya setiap hari.


#Moralnya: Pastikan anak-anak mengetahui setiap nama atau jenis perbuatan yang dilakukannya. Ini kerana ada sesetengah muridku tidak mengetahui perkara 'nakal' yang dilakukannya itu sebenarnya adalah perbuatan 'jahat'. Allahu akbar!


Kosmo: Pejuang Palestin siap tesis kedoktoran di penjara


BAITULMUQADDIS - Seorang pejuang Palestin yang menjadi pegawai pergerakan Fatah, Marwan Barghouti berjaya menyiapkan tesis doktor falsafah (Ph.D) di dalam sebuah penjara di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam beberapa serangan termasuk di sebuah pasar makanan laut di Tel Aviv yang membunuh tiga orang awam Israel.
Marwan yang berusia 50 tahun merupakan antara ratusan banduan Palestian yang meneruskan pengajian di dalam penjara.
Dia diterima masuk oleh Universiti Kaherah dan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian pada tahun 1999, tiga tahun sebelum ditangkap oleh pasukan pertahanan Israel.
Tesis kedoktoran itu bertajuk Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin serta Sumbangannya kepada proses demokrasi di Palestin dari tahun 1996 hingga 2008 dan setebal 341 muka surat.
Ia akan dibincangkan di hadapan panel khas yang diketuai oleh Dekan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian, Universiti Kaherah, Profesor Ahmad Yussuf.
Marwan mampu menyiapkan tesisnya dengan bantuan ratusan buku dan dokumen yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Israel.
Ahli Lembaga Perundangan Palestin itu menduduki peperiksaan sekolah tinggi ketika dipenjara pada tahun 1980. Marwan kemudian memperoleh sarjana muda dan sarjana dalam bidang sejarah, sains politik dan perhubungan antarabangsa dari Universiti Bir Zeit, utara Ramallah. - Agensi


- Di negara luar perkara ini adalah biasa.... tapi di Malaysia amat jarang kedengaran... mungkin disebabkan jenayah hanya dilakukan oleh orang yang tak bermoral dan berpendidikan rendah. Manakala di luar negara, terlalu banyak halangan yang dilaksanakan terhadap golongan cerdik pandai... dan mereka dipenjarakan dan golongan yang tidak bermoral dan berpendidikan rendah dibiarkan?

Khamis, 11 Mac 2010

Belasungkawa: Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi (1928-2010)

Gambar aku dengan almarhum Syeikh al-Azhar pada tahun 2000... kenangan di kota Kaherah 10 tahun lalu.


KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.
Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya. Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.
Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.
"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.
Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.
Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi. "Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.
Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih. Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir. Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita. Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.
Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.
"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.
Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki. Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi. Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam. Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat. Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan. Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza. Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.
Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama. Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah. Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Universiti Al-Azhar. - AFP

Iklan : Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda

Sepertimana yang dikepilkan kepada aku...

Ahlan wasahlan ya marhaban!
Kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan.

Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah'

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://www.marhaban2u.com/?ref=1402

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"


Kunjungi Website saya : http://www.marhaban2u.com/?ref=1402
Sukses Selalu! Mohd Fikri Bin Che Hussain
http://www.marhaban2u.com/?ref=1402

Rabu, 10 Mac 2010

Lirik : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah (2010)

Assalamualaikum,
Sesiapa yang ingin mengambil lirik ini dipersilakan tanpa sebarang masalah... Cuma dipinta agar mendoakan penulis agar sentiasa diberikan ilham untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat Islam di Malaysia ini. Insya Allah... Amin!


Dalam era mengejar kemajuan
Demi mencapai nilai sasaran
Hindarkan diri dari penyelewengan
Jauhi akhlak yang merosakkan

Ummah perkasa perlu dilahir
Bermula dengan ikatan ukhuwah
Akhlak mulia perlu dizahir
Langkah membina sebuah hadarah

Caturkan langkah berpandukan al-Quran
Mantapkan sunnah sebagai pegangan
Moga dapat dilaksana apa yang diimpikan
Di bawah rahmat dan reda Tuhan

Lihatlah kekuatan angkatan silam
Dipersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Ukhuwah mereka dipertautkan
Ikatan saudara berkembang mekar

Di lembah gersang nan kontang
Sebuah daulah telah tertegak
Menghapus permusuhan dan dendam
Dibina atas makam kabilah dan puak


Oleh: Mohd Fikri Che Hussain
10/03/2010 - 12.00 pm

Isnin, 1 Mac 2010

Syiah di Masjidil Haram





Tiga keping gambar di atas merupakan gambar penganut Syiah Iran yang baru tiba di hadapan Kaabah. Sebaik sahaja mereka masuk ke kawasan Kaabah, mereka akan bersujud dan menangis secara beramai-ramai di hadapan Kaabah dengan pemantauan imam mereka yang berada di bahagian hadapan.
Esak tangis yang kuat dan menerawang di ruang angkasa membuatkan seluruh perhatian jemaah haji di kala itu bertumpu ke arah mereka. Selepas selesai bersujud dan 'berdoa', mereka akan bangkit dan melakukan tawaf. pusingan tawaf mereka nampaknya tidak dimulai dari Hajarul Aswad atau mereka berpusing sekali dan apabila sampai ke situ barulah mereka berniat.
Sewaktu minggu terakhir aku berada di sana, aku sempat berkenalan dengan seorang Iran yang berasal dari Teheran. Beliau berada di sebelahku sewaktu selesai kami menunaikan solat Isyak. Banyak yang kami bualkan bersama dan beliau menyatakan bahawa sudah 2 kali mengunjungi Malaysia.
Sebuah negara yang menarik dan bermazhab Syafie yang lebih hampir kepada Syiah ujarnya kepadaku. Beliau cuba membantuku untuk mengenali Syiah dengan lebih dekat dengan menawarkan beberapa risalah dakwah mereka kepadaku. Aku terasa begitu 'hairan' bagaimana seorang lelaki bisnesman yang begitu sibuk dengan kerjayanya sebagai pengurus 'travel agent' masih lagi punya masa untuk berdakwah seorang sunni kepada syiah?
Renungkanlah....
Bagaimana pula kita yang 'mendakwa' berada dalam kelompok yang benar? Tapi kita tidak pernah cuba berdakwah kepada orang lain agar menganuti agama Islam. Malah perasaan itu langsung tidak wujud dalam hati sanubari kita.
Apabila diserahkan tugasan dan mikrofon untuk dinyatakan sesuatu, kita seboleh-bolehnya mengelak dan menyalamatkan diri daripadanya. Lalu dakwah tidak tersebar dan tinggallah manusia dalam kegelapan di sekeliling mereka... Hanya kita sahaja yang beroleh petunjuk dan orang lain terus dibiarkan dalam kekeliruan.
Apabila orang yang sepatutnya diperbetulkan telah terjerumus dalam kancah pergelutan dosan dan noda. Kita hanya mempersalahkan mereka dengan kesalahan mereka. Sedangkan kita sewajarnya menunjuk arah dan membetulkan mereka ke arah kehidupan Islam yang sebenar. Jadi, gunakan ruang dan kesempatan yang ada untuk menunjukkan kepada orang lain JALAN KEBENARAN.
Sabda Nabi SAW dalam satu hadis yang Sahihi: "Demi Allah, sesungguhnya kamu menunjukkan kebaikan (hidayah) kepada seseorang itu adalah lebih baik bagimu daripada memiliki harta kekayaan yang paling berharga (dunia dan segala isinya)." (Hadis Muttafaq ‘alaih)