Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 1 Mac 2010

Syiah di Masjidil Haram





Tiga keping gambar di atas merupakan gambar penganut Syiah Iran yang baru tiba di hadapan Kaabah. Sebaik sahaja mereka masuk ke kawasan Kaabah, mereka akan bersujud dan menangis secara beramai-ramai di hadapan Kaabah dengan pemantauan imam mereka yang berada di bahagian hadapan.
Esak tangis yang kuat dan menerawang di ruang angkasa membuatkan seluruh perhatian jemaah haji di kala itu bertumpu ke arah mereka. Selepas selesai bersujud dan 'berdoa', mereka akan bangkit dan melakukan tawaf. pusingan tawaf mereka nampaknya tidak dimulai dari Hajarul Aswad atau mereka berpusing sekali dan apabila sampai ke situ barulah mereka berniat.
Sewaktu minggu terakhir aku berada di sana, aku sempat berkenalan dengan seorang Iran yang berasal dari Teheran. Beliau berada di sebelahku sewaktu selesai kami menunaikan solat Isyak. Banyak yang kami bualkan bersama dan beliau menyatakan bahawa sudah 2 kali mengunjungi Malaysia.
Sebuah negara yang menarik dan bermazhab Syafie yang lebih hampir kepada Syiah ujarnya kepadaku. Beliau cuba membantuku untuk mengenali Syiah dengan lebih dekat dengan menawarkan beberapa risalah dakwah mereka kepadaku. Aku terasa begitu 'hairan' bagaimana seorang lelaki bisnesman yang begitu sibuk dengan kerjayanya sebagai pengurus 'travel agent' masih lagi punya masa untuk berdakwah seorang sunni kepada syiah?
Renungkanlah....
Bagaimana pula kita yang 'mendakwa' berada dalam kelompok yang benar? Tapi kita tidak pernah cuba berdakwah kepada orang lain agar menganuti agama Islam. Malah perasaan itu langsung tidak wujud dalam hati sanubari kita.
Apabila diserahkan tugasan dan mikrofon untuk dinyatakan sesuatu, kita seboleh-bolehnya mengelak dan menyalamatkan diri daripadanya. Lalu dakwah tidak tersebar dan tinggallah manusia dalam kegelapan di sekeliling mereka... Hanya kita sahaja yang beroleh petunjuk dan orang lain terus dibiarkan dalam kekeliruan.
Apabila orang yang sepatutnya diperbetulkan telah terjerumus dalam kancah pergelutan dosan dan noda. Kita hanya mempersalahkan mereka dengan kesalahan mereka. Sedangkan kita sewajarnya menunjuk arah dan membetulkan mereka ke arah kehidupan Islam yang sebenar. Jadi, gunakan ruang dan kesempatan yang ada untuk menunjukkan kepada orang lain JALAN KEBENARAN.
Sabda Nabi SAW dalam satu hadis yang Sahihi: "Demi Allah, sesungguhnya kamu menunjukkan kebaikan (hidayah) kepada seseorang itu adalah lebih baik bagimu daripada memiliki harta kekayaan yang paling berharga (dunia dan segala isinya)." (Hadis Muttafaq ‘alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan