Alhamdulillah!
Tak sangka juga buku ini menjadi Top 10 dalam jualan di karnival Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini. Tapi aku 'rasa' dengan perasaan penuh bimbang... buku ini disangka oleh para pembaca sebagai sebuah novel Islamik memandangkan tajuknya sedemikian rupa.
Apa pun, terima kasih kepada Akh Akob73 (Protaz Mohd Yaakob bin Mohd Yunus) yang memberitahu perkara ini. Selalunya aku hanya melihat buku-buku Akh Akob73 yang berada dalam senarai Top 10 atau Top 5 carta Alaf21. Syukran ye akh!
Lagi satu tidak lupa ucapan terima kasih kepada team Alaf21 yang bertungkus lumus mengusahakan buku yang terpendam selama 4 tahun ini iaitu Pn. Wan Rohana Wan Abdul Manaf, Pn. Rosmawati Ahmad dll. Semoga usaha mereka ini diterima oleh Allah Taala sebagai satu amalan bakti dalam mengembangkan usaha dakwah di Malaysia ini.
Alhamdulillah!
Assalaamu'alaikum
BalasPadamTahniah ya Syaikh... Buku akob dah lama dah di pasaran.. dah tak boleh nak masuk top 10...
Ana yakin mereka tidak tersilap memilih buku kerana menyangkakan ia adalah novel.. Biasanya sebelum membeli pembaca akan melihat sinopsis dan Kandungan buku.. Mereka bukan lihat tajuk shj.
Ana yakin mereka membeli buku ini kerana kekuatan buku itu sendiri serta topik Fardu 'Ain memang senang hendak dijual kerana orang ramai memerlukannya.
Sekali lagi tahniah daripada akob...
Wa 'alaikumus salam wbth
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih syeikh...
Insya Allah, skrip yang akan datang boleh masuk semula...
Semoga begitulah hendaknya...
Terima kasih...