Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Rabu, 10 Februari 2010

Masyayikh (guru-guru) di Masjidil Haram


Gambar di atas ini adalah gambar Syeikh 'Ajlan iaitu salah seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram. Sewaktu aku berada di Makkah, hampir setiap malam aku berada di kuliahnya di bahagian tingkat atas. Jika di bahagian bawah, seperti dalam gambar ini, keadaan amat menyesakkan walaupun hanya untuk duduk sahaja. Manusia yang lalu lalang sama ada lelaki dan wanita kerap berlalu di hadapan kita.

Tempat yang paling baik adalah di bahagian atas yang dikhususkan untuk muslimat. Kawasan tersebut sememangnya kosong dan speaker pula jelas dan lantang. Jadi hampir setiap malam selepas Maghrib aku ke bahagian itu. Keadaan ini berlarutan hinggalah seminggu sebelum wukuf yang semakin sesak dan sempit dengan para jemaah haji.

Sewaktu aku di situ, banyak ilmu yang aku perolehi antaranya fatwa beliau yang baru bagi aku iaitu ada jemaah yang bertanyakan beliau adakah boleh melintasi di hadapan orang yang sedang bersolat di Masjidil Haram ini. Beliau menyatakan adalah harus untuk melintasi mereka yang sedang bersolat di situ, kerana kesesakan di situ adalah luar biasa dari masjid dan surau di tempat lain. Jika kita berhenti dan menantikan orang yang sedang bersolat selesai solatnya, sudah pasti keadaan bertambah sesak dan menyukarkan orang lain. Wallahu a'lam.

Satu lagi, beliau menceritakan bahawa antara SUNNAH NABI Sallallahu 'alaihi wasallam adalah melakukan solat sunat di atas kenderaan. Apabila bertakbir untuk solat, tidak perlu menunggu kenderaan itu beralih ke arah kiblat atau kita yang beada di atasnya berpusing ke arah kiblat. Jadi, begitulah sunnah sebenarnya kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri tidak pernah mengalihkan tunggangannya ke arah kiblat sewaktu ingin menunaikan solat sunat di atas kenderaan yang baginda tunggangi.

Begitulah yang sempat aku ingat dari kuliah beliau. Banyak juga soalan dan jawapan yang beliau fatwakan kepada mereka yang bertanya dan sempat aku salin darinya. Banyak yang berkait rapat dengan soalan mengenai ibadah haji dan umrah kerana para penyoal dari kalangan Arab yang datang menunaikan haji. Hampir ada soalan yang sama pada setiap malam hinggakan syeikh sudah letih hendak menjawab soalan yang sama. :)

Itulah serba sedikit yang sempat aku dengar dan ikuti. Amat menyeronokkan!





Dua gambar di atas pula adalah adik kepada syeikh 'Ajlan yang mengajar di bahagian pinggir Kaabah. Manusia yang menghadirinya tidak kurang ramai. Sesak juga untuk mendekatinya, perkara yang paling aku tidak tahan berada di situ adalah kerana gangguan orang yang lalu lalang dan bercakap dengan kuat. Sedangkan speaker yang digunakan adalah speaker mudah alih yang tidak berapa kuat bunyinya, sayup-sayup kedengaran!

Aku terpaksa menekapkan telinga dan memberi sepenuh fokus kepada apa yang disampaikan. Selalunya terganggu dek orang yang lalu lalang dari perlbagai bangsa Muslim. Paling tidak tahan ialah sebilangan mereka yang bercakap kuat sewaktu memanggil atau menerima panggilan sanak saudara dari nun kejauhan. Jadi, aku lebih stabil bila berada dengan Syeikh 'Ajlan di bahagian tingkat atas dengan mendengar siri ceramahnya. Malahan kuliahnya lebih ramai berbanding dengan ceramah para syeikh lain yang turut berada di sana.

Kalau aku lihat kuliah Maghrib seorang syeikh yang aku dah lupa namanya dalam bahasa Urdu, puak Pakistan yang mengelilinginya memang dahsyat. Mereka tidak duduk lagi seperti kebiasaan kuliah yang lain. Mereka mendengar sambil berdiri seolah-olah ada satu demonstrasi yang sedang diadakan. Jadi aku pun tak faham nak mendengarnya, selain berasa kurang senang dengan cara sedemikian yang kelihatan agak agresif. Jadi tidak hairanlah jika Taliban berasal dari sana. :)

Itulah sedikit sebanyak yang sempat aku coretkan pengalaman ketika di sana. Wallahu a'lam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan