Selepas menamatkan pengajian, aku sempat menjadi guru ganti di sebuah sekolah di negeri Perak. Sekolah menengah yang agak jauh dari bandar Ipoh. Di sana aku sempat mengutip pengalaman sebagai seorang guru. Walaupun sememangnya aku tidak mahu menjadi seorang guru dalam setiap cita-citaku.
Tapi kini, hakikat itu terpaksa aku telan. Aku rela kerana cita-citaku yang dulunya aku berusaha mendapatkannya tidak tercapai. Semasa di sekolah itu, aku cukup tidak gemar berpakaian kemas. Seluar dan baju tidak matching seperti sekarang. Mungkin tidak ada yang menajaga makan dan pakaiku ketika itu.
Waktu ingin ke sekolah bagi sesi petang, aku sering kelam kabut bersiap. Pendek kata segalanya tidak terurus sebagaimana yang sepatutnya. Aku cuma menggunakan motor cub buruk C70 ke sekolah. Pemandangan memang selekeh...
Di sana aku sempat membuat soalan Pendidikan Islam untuk tingkatan 1 dan 2. Aku banyak menerangkan kepada mereka mengenai sirah yang telah dipelajari mereka sebelum itu. Aku teringatkan sewaktu memeriksa jawapan para pelajar yang rata-ratanya ber'otak' sederhana itu dan ada segelintir yang masih tidak pandai membaca. Betapa merabannya mereka menjawab soalan.
Satu soalan subjektif yang hingga kini sering mengusik perasaanku apabila sendirian ialah:
Siapakah golongan yang menentang dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah?
Seorang muridku menjawab dalam bentuk subjektif dengan tulisan yang tidak kemas.
Jawabnya bertulis spontan:
Askar British.
Namun seorang lagi menjawab selamba:
Tentera Firaun.
Aku pun tidak mengerti apa yang difahaminya ketika itu. Nasihatku kepada mereka, banyakkanlah membaca buku bermanfaat daripada buku dan majalah berkaitan artis.
:) Ya Salam! Allahumma faqqihna fi al-din... ya Rabb!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan