Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Jumaat, 3 April 2009

Masyarakat Madani Tanpa Dadah

Sajak Anti Dadah

Sajak baru sempena pertandingan anti Dadah....

Karya dan ilham dari:-
Mohd Fikri Alamghiri
03/04/2009








Sajak I - DADAH PEMUSNAH

Usah cepat mengalah
Pada nafsu serakah
Jangan ditoleh ke satu arah
Bakal membawa hidup yang parah

Lorong sempit terus diredah
Tidak mengenal petaka dan padah
Biarkan hidup penuh pasrah
Akhirnya membawa rona nan ranah

Keluarga bahagia kian musnah
Petualang bangsa bak menerjah
Menggamit puaka terserlah
Akibat durjana sang dadah...

Dadah...
Kaulah pemusnah!
Kaulah pemusnah!
Diri, keluarga dan rumah!
Masyarakat dan ummah!


Karya asal:-
Mohd Fikri Bin Che Hussain
Temerloh, Pahang


Sajak II - TERBUNGKAM KELAM DI LEMBAH HINA

Lembah hina itu perlu dijauhi
Jangan sesekali dituruni
Elakkan rakan apatah lagi diri
Agar murka Tuhan dihindari

Denai kehidupan di hadapan meluas
Jangan sekadar termenung malas
Bijak mengatur langkah dan bekas
Biar hidup mekar ceria dan berbatas

Jangan didekati onak dan duri
Kelak ia membahayakan diri
Di waktu duduk, jalan dan berlari
Pasti sukar lagi untuk disedari

Bila terkena jarum puaka
Hidup bahagia bertukar celaka
Khayal menjelma dan kekal leka
Semuanya dirasa indah belaka

Syurga dunia dipandang sayup
Bagai menghilir angin bertiup
Di bawah mendungan kian redup
Punahnya peribadi semasa hidup

Sinar iman terhela di belakang
Menyisih jalan nan londang
Denai dilalui penuh berlubang
Hidupkan susah bagai petualang

Usah dipandang dadah berserbuk
Dikacau digoncang kemudian ditusuk
Kerana hanyalah habuk yang lapuk
Ruang lapang di jiwa berubah sibuk

Pulanglah semula ke pangkal
Agar hidup bahagia terus kekal
Menjadikan iman sebagai bekal
Ditinggal dadah penuh kesal

Karya asal:-
Mohd Fikri Bin Che Hussain
Temerloh, Pahang



Sajak III - DADAH GEMPAR

Usah menjadi gempar
Bila dadah dipandang mekar
Bagi mereka ibarat penawar
Untuk kita bagaikan bisa ular

Hidup ini kian tersasar
Biar dikritik dan diselar
Penuh nama dan digelar
Tapi mereka tidak mahu sedar

Dulu mereka ceria segar
Kini berubah menjadi malar
Apa yang ada hanyalah jiwa tegar
Menyongsang hidup terus bertukar

Bagai burung di dalam sangkar
Terperap hinggap tidak menular
Ketagihan tubuh kian menjalar
Bahana Dadah terus mengejar

Karya asal:-
Mohd Fikri Bin Che Hussain
Temerloh, Pahang


3 ulasan:

  1. Dadah
    Tika dulu kau bagai penawar
    Mengukir sejarah dibidang perubatan
    Penyelamat nyawa tika kesakitan

    Namun kini
    Martabatmu begitu hina
    Kehadiranmu membawa petaka
    Kau hanyalah pemusnah
    Generasi dunia

    Kau umpama racun
    Yang membunuh jiwa insan
    Membawa derita . . . sengsara
    Memamah jasad manusia

    Keseronokkan hanya seketika
    Khayalan cuma sementara
    Hidup di dunia tidakkan ceria
    Di akhirat sana kan mendapat seksa

    Dadah kau adalah durjana
    Hadirmu membawa derita
    Khayalan sementara cuma imiginasi dusta
    Di bumi nyata
    Membawa kesedihan mengundang derita
    Berakhir di laman kematian

    BalasPadam
  2. assalamualaikum akhi
    dadah musuh negara

    BalasPadam