Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Rabu, 1 April 2009

Adab Berpakaian (Nasyid)

Ciptaan terbaru dari saya. Nasyid kedua perlu ikut subjek di sekolah pulak... mana ada tajuk pelajaran Sekolahku dalam bahasa Arab tahun dulu-dulu ada laa Madrasati, jadi terpaksalah dicari sebuah lagi tajuk lagu nasyid yang sesuai.

Pakailah baju menutup aurat
Usah mudah tukar tabiat
Ibadah pun semakin liat
Akhlak baik bertukar jahat

Jangan dilupa ilmu agama
Takutlah Allah Maha Kuasa 2x

Pakailah baju yang bersih-bersih
Pakai dahulu sebelah kanan
Agar rakan bertambah kasih
Tanggal pula sebelah kiri

Pakai sedikit minyak wangi
Bagi wanita untuk suami
Jangan bersolek terlalu banyak
Itu semua membawa dosa

Jangan dilupa ilmu agama
Takutlah Allah Maha Kuasa 2x

Pakailah baju yang tidak ketat
Rambut pun kemas serta bersikat
Usah pakai kain sekerat
Mesti perhati batasan aurat

Jangan dilupa ilmu agama
Takutlah Allah Maha Kuasa 2x

Pakailah baju menutup aurat
Usah mudah tukar tabiat
Itu semua adalah nikmat
Allah memberi pahala berkat

Itu semua adalah nikmat
Allah memberi pahala berkat 2x

:) Nasyid sekolah saya tau jangan cetak rompak.... hehehe

@Fikri Copyright - 2009
1 April 2009

Zon Pelajaran Temerloh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan