Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 13 April 2009

Bertemu Syeikh Ali bin Nayif


Pada malam Ahad baru-baru ini. Saya dan rakan telah sempat bertemu dengan syeikh Ali bin Nayif dari Syria. Sepanjang beliau berada di sini, saya tidak pernah mengetahuinya kecuali dalam 2 minggu lepas apabila seorang rakan mengajak saya bertalaqqi kitab dengannya.


Saya enggan bertalaqqi kerana kesibukan tugas dan saya ingatkan beliau adalah seorang Melayu yang belajar di Syria. Boleh dikatakan sebagai petunjuk Allah Taala. Saya yang sering men'download' kitab-kitab Arab daripada web e-book Arab iaitu http://www.saaid.net/ seringkali melihat kitab-kitabnya. Sememangnya beliau adalah seorang penulis prolifik yang menguasai hampir semua keilmuan Islam seperti fiqh, hadis, tafsir al-Quran dan juga tauhid.


Tatkala saya men'download' kitab al-Wadhih fi Arkan al-Iman (Isu nyata dalam Rukun Iman) di dalam mukadimah kitabnya itu, menariknya beliau menulis ungkapan berbunyi: Huquq al-Thaba' likulli muslim (Hak percetakan bagi setiap muslim). Hati saya terdetik, betapa ikhlasnya beliau menulis dan menyebarkan ilmunya yang luas.


Bila saya kira buku dan karya penulisannya yang terdapat di dalam web-web salafi dan non-salafi, di dalam web http://www.saaid.net/ sahaja sudah menjangkau 110 ke atas. Karya penulisannya yang paling tebal mencapai 1000 halaman muka surat dan paling nipis sekitar 50 halaman ke atas. Uniknya di dalam pelbagai bidang.


Baris paling akhir di dalam bukunya yang terbaru itu, saya terlihat satu maktabah yang tidak pernah saya terbaca di dalam mana-mana kitab Arab iaitu, Dar el-Makmur. Hati saya tergerak membaca pada permulaannya yang tertulis Ba Ha Alif Nun Jim - bila dieja Bahanj Dar el-Makmur iaitu Pahang Darul Makmur.


Saya terus mencapai telefon dan memanggil seorang syeikh Arab yang mengajar di sebuah sekolah kerajaan negeri. Beliau berasal dari Jordan jika tidak silap, bernama Dr. Firas. Saya tanyakan beliau mengenai Syeikh Ali ini. Lama juga dia berfikir dan akhirnya beliau mengakui yang dia amat mengenalinya.


Syeikh Ali ini berada di Bandar Jengka dan mengajar Maahad Jengka. Jadi saya dan seorang rakan terus cuba menghubungi beliau untuk belajar secara langsung daripadanya. Pada malam Ahad selepas beliau pulang dari satu seminar di Temerloh, beliau menjemput kami datang berkenalan ke rumahnya. Malam tersebut sebagaimana dijanjikan, kami pun sampai di hadapan rumahnya selepas beberapa kali berpusing mencari jalan menuju ke rumahnya.


Kami sampai dan beliau menjemput kami masuk. Orangnya besar putih dan berjambang lebat dalam usia 50-an. Seorang yang sungguh mesra dan kami berkenalan dengan beliau. Sebaik sahaja beliau bertanyakan saya, beliau yang mengetahui saya belajar di Maghribi terus bertanyakan seorang syeikh dari Syria yang terkenal di bidang hadis iaitu Dr. Farouq Hammadah. Rupanya beliau juga adalah anak murid kepada Syeikh Dr. Noureddine 'Ithr iaitu syeikh hadis kepada Dr. Farouq di Universiti Damsyik.


Beliau menceritakan bahawa beliau yang mendapat tawaran di Kuliah Bahasa Arab hanya sempat berada di sana selama 3 tahun dan tidak lagi berminat untuk meneruskannya. Beliau berhenti seketika daripada pengajiannya kemudian bekerja sementara sebagai persediaan untuk masuk ke fakulti Syariah. Semasa tahun 1976, beliau mula membaca buku-buku Islamik yang terdapat di dalam koleksi dan dipinjam dari rakannya serta perpustakaan sepanjang musim panas tahun tersebut.


Dalam cuti panas tahun 1976, beliau telah membaca 90 buah buku daripada pelbagai syeikh yang terkenal di kala itu seperti buku al-Banna, al-Maududi, Syed Qutb, Sa'id Hawwa, Abd al-Rahman Habannakah dll lagi. Tidak terbilang banyaknya buku yang dibaca dan kemudian beliau mula gemar membaca hinggalah pada hari ini.


Beliau mengingatkan kami, bahawa buku yang anda dapati pada hari ini bukanlah sebuah buku yang datang secara tiba-tiba, tetapi ia adalah sumber pembacaan dan kajian yang menelan masa bertahun-tahun. Buku ini tidak turun langsung dari langit. Buku itu perlu dibaca, dikaji dan dibuat simpulan agar dapat difahami dan kita boleh persembahkan kepada orang lain pula.


Itulah yang dapat saya kongsikan buat kali ini...


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan