Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Selasa, 28 April 2009

Budak Sekolah 3


Semalam, selepas sahaja perhimpunan pagi. Aku terus menuju ke pejabat dan terus mencari kakak kerani. Aku meminta daripadanya wang derma sumbangan guru dari Kelab Kakitangan Guru (KGK) buat salah seorang guru yang kehilangan bapa mertuanya baru-baru ini. Beliau yang menyimpannya di pejabat terus memberikannya kepadaku.

Selepas mengucapkan terima kasih, aku terus menuju ke bilik pemulihan j-QAF. Sesampai sahaja di bilik j-QAF, sudah ramai murid Tahun 1 menunggu kehadiranku. Aku menyuruh mereka duduk terlebih dahulu dan bersedia untuk belajar sambil membuka buku.

Sekali 'suruh' bukan menjadi satu perintah bagi mereka. Kepekaan mereka pada perintah atau arahan itu sememangnya cukup mem'beban'kan. Tidak ramai kanak-kanak ini yang mahu mendengar kata. Malah mereka tidak 'faham' apa yang diarahkan. Sememangnya memahami arahan dan kemahiran mendengar adalah suatu seni yang sukar difahami oleh kanak-kanak.

Dahulu kita sering mendengar orang tua memarahi kita dengan ungkapan lazim mereka, "tak reti bahasa betul budak ni...." atau "tak faham bahasa Melayu ke?" bla... bla...

Jadi mereka yang mempunyai anak kecil, sebaiknya mengajarkan kepada anak-anak ini bagaimana memahami arahan. Jika tidak diajar dengan betul dan 'dibelasah' selalu dengan pelbagai perbendaharaan kata. Pasti anak ini akan sukar menyesuaikan dirinya dengan suasana baru di dalam kelas.

Anak-anak murid aku, memang ramai yang berada dalam tahap ini. Lain di arah, lain yang dibuat. Tapi aku sukakan kelainan dan aku jarang memarahi mereka jika kesalahan dalam latihan. Janji mereka mahu berusaha untuk belajar dan mencuba. Tengok pada tahap kemampuan akal mereka.

Sedang aku mengeluarkan semua wang sumbangan itu untuk dikira. Muncul seorang anak muridku yang begitu pintar, Aqil namanya. Mulutnya memang 'berkicau'. Melihat aku sedang mengira duit, dia bertanya, "Ustaz buat apa tu? Uihh banyaknye duit..."

"Ustaz nak beli apa dengan duit ni...?"

"Bagi laa saya sikit ustaz..."

"Mana boleh! ini duit untuk orang sakit..." Jawabku ringkas.

"Saya pun sakit ni ustaz..." Jawabnya sambil menyelak lengan baju dan seluarnya ke atas. Kelihatan kesan ruam gatal di beberapa bahagian kulitnya. Mungkin kulit yang cepat alergik bila tersalah makan atau terkena gigitan serangga, agakku.

"Itu bukan sakit, itu gatal tak mandi..." Jawabku berseloroh.

"Ehh tak laa ustaz... Betul ni..." Jawabnya serius.

Semasa budak-budak perempuan lain duduk di meja. si Aqil ni sibuk nak mengira duit dengan si Halim. Si Hadi pula dengan suara kuat dan kenakalannya mengusik budak perempuan, membuatkanku sering memberikannya amaran.

"Hadi, duduk di tempat dan buka buku tu...!" Jeritku.

Dia dengan selamba berlari keluar masuk... sekali sekala berguling-guling di bahagian meja depan papan putih. Sesekali menjerit dan mengusik rakan-rakannya yang lain.

"Ustaz, beri kat saya laa duit ni sikit..." Pinta Aqil bersungguh sambil mengasingkan wang syiling 20 sen dan 50 sen di tepiku.

"Tak boleh! Ini bukan duit ustaz... ini duit derma kepada orang." Jawabku. Dia terdiam berfikir mencari jalan untuk memujukku lagaknya.

"Kalau macam tu ustaz, ustaz bagi la kat saya duit yang kotor-kotor pun tak pe... Ustaz ambik laa duit yang baru-baru..." Balasnya selamba.

Geram je aku nak 'getu' pipinya, bila mendengar jawapan 'boring'nya itu. Begitulah bebudak ni, ada sahaja akal mereka untuk menarik perhatian kita.
Pernah dulu aku tanya, "Aqil baca al-Quran dah masuk juzuk berapa?"
Dia jawab, "Dah juzuk 20 ustaz!"
Aku suruh dia membaca untuk kepastian. Sememangnya bacaannya cukup baik bagi budak berumur 7 tahun. Tajwid panjang pendeknya lebih baik dari budak darjah enam jangkaku.
Aku rasa lega kerana mungkin pada tahun ini ada budak darjah 1 yang bakal khatam al-Quran. Muridku yang pernah khatam al-Quran sewaktu darjah 1 ada seorang dari murid perempuan pada tahun 2006 yang lalu. Kembang hati rasanya walau hanya keluarga yang banyak mengajarkannya.
Selang beberapa minggu kemudian aku berjumpa si Aqil ini ketika menggantikan guru kelasnya. Beliau segera datang kepadaku dan memberitahuku. "Ustaz, saya dah masuk juzuk 22."
Terkejut aku mendengarnya. Ketika itu ada sebuah al-Quran berhampiran kami. Aku segera mengambil al-Quran tersebut dan menyuruh beliau membuka di tempat ia membaca. Beliau pun dengan penuh keyakinan membuka sehelai demi sehelai hingga ke halaman 22 sambil memberitahu.
"Ustaz kat sinilah saya dah baca...."
#$%^*!!!

2 ulasan:

  1. funny juge aqil tu ye...hehe..
    **salam ziarah..

    BalasPadam
  2. memang funny... time kita marah kat dia... dengan selamba dia boleh marah kat kita balik.. kalau time suruh kemas buku iqra'. cepat-cepat nak balik kelas.. ugut sikit nak rotan... dengan selamba dia jawab balik, "ala ustaz, orang tipu je..." padahal kasut dah pakai pun...

    BalasPadam