Khamis, 11 Mac 2010
Iklan : Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda
Ahlan wasahlan ya marhaban!
Kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan.
Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah'
Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://www.marhaban2u.com/?ref=1402
"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"
Kunjungi Website saya : http://www.marhaban2u.com/?ref=1402
Sukses Selalu! Mohd Fikri Bin Che Hussain
http://www.marhaban2u.com/?ref=1402
Rabu, 10 Mac 2010
Lirik : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah (2010)
Sesiapa yang ingin mengambil lirik ini dipersilakan tanpa sebarang masalah... Cuma dipinta agar mendoakan penulis agar sentiasa diberikan ilham untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat Islam di Malaysia ini. Insya Allah... Amin!
Dalam era mengejar kemajuan
Demi mencapai nilai sasaran
Hindarkan diri dari penyelewengan
Jauhi akhlak yang merosakkan
Ummah perkasa perlu dilahir
Bermula dengan ikatan ukhuwah
Akhlak mulia perlu dizahir
Langkah membina sebuah hadarah
Caturkan langkah berpandukan al-Quran
Mantapkan sunnah sebagai pegangan
Moga dapat dilaksana apa yang diimpikan
Di bawah rahmat dan reda Tuhan
Lihatlah kekuatan angkatan silam
Dipersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Ukhuwah mereka dipertautkan
Ikatan saudara berkembang mekar
Di lembah gersang nan kontang
Sebuah daulah telah tertegak
Menghapus permusuhan dan dendam
Dibina atas makam kabilah dan puak
Oleh: Mohd Fikri Che Hussain
10/03/2010 - 12.00 pm
Isnin, 1 Mac 2010
Syiah di Masjidil Haram



Tiga keping gambar di atas merupakan gambar penganut Syiah Iran yang baru tiba di hadapan Kaabah. Sebaik sahaja mereka masuk ke kawasan Kaabah, mereka akan bersujud dan menangis secara beramai-ramai di hadapan Kaabah dengan pemantauan imam mereka yang berada di bahagian hadapan.
Ahad, 14 Februari 2010
Buku Suci Diri Mencari Ilahi dalam Top 10 Karnival Alaf21
Alhamdulillah!

Rabu, 10 Februari 2010
Masyayikh (guru-guru) di Masjidil Haram

Tempat yang paling baik adalah di bahagian atas yang dikhususkan untuk muslimat. Kawasan tersebut sememangnya kosong dan speaker pula jelas dan lantang. Jadi hampir setiap malam selepas Maghrib aku ke bahagian itu. Keadaan ini berlarutan hinggalah seminggu sebelum wukuf yang semakin sesak dan sempit dengan para jemaah haji.
Sewaktu aku di situ, banyak ilmu yang aku perolehi antaranya fatwa beliau yang baru bagi aku iaitu ada jemaah yang bertanyakan beliau adakah boleh melintasi di hadapan orang yang sedang bersolat di Masjidil Haram ini. Beliau menyatakan adalah harus untuk melintasi mereka yang sedang bersolat di situ, kerana kesesakan di situ adalah luar biasa dari masjid dan surau di tempat lain. Jika kita berhenti dan menantikan orang yang sedang bersolat selesai solatnya, sudah pasti keadaan bertambah sesak dan menyukarkan orang lain. Wallahu a'lam.
Satu lagi, beliau menceritakan bahawa antara SUNNAH NABI Sallallahu 'alaihi wasallam adalah melakukan solat sunat di atas kenderaan. Apabila bertakbir untuk solat, tidak perlu menunggu kenderaan itu beralih ke arah kiblat atau kita yang beada di atasnya berpusing ke arah kiblat. Jadi, begitulah sunnah sebenarnya kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri tidak pernah mengalihkan tunggangannya ke arah kiblat sewaktu ingin menunaikan solat sunat di atas kenderaan yang baginda tunggangi.
Begitulah yang sempat aku ingat dari kuliah beliau. Banyak juga soalan dan jawapan yang beliau fatwakan kepada mereka yang bertanya dan sempat aku salin darinya. Banyak yang berkait rapat dengan soalan mengenai ibadah haji dan umrah kerana para penyoal dari kalangan Arab yang datang menunaikan haji. Hampir ada soalan yang sama pada setiap malam hinggakan syeikh sudah letih hendak menjawab soalan yang sama. :)
Itulah serba sedikit yang sempat aku dengar dan ikuti. Amat menyeronokkan!


Dua gambar di atas pula adalah adik kepada syeikh 'Ajlan yang mengajar di bahagian pinggir Kaabah. Manusia yang menghadirinya tidak kurang ramai. Sesak juga untuk mendekatinya, perkara yang paling aku tidak tahan berada di situ adalah kerana gangguan orang yang lalu lalang dan bercakap dengan kuat. Sedangkan speaker yang digunakan adalah speaker mudah alih yang tidak berapa kuat bunyinya, sayup-sayup kedengaran!
Aku terpaksa menekapkan telinga dan memberi sepenuh fokus kepada apa yang disampaikan. Selalunya terganggu dek orang yang lalu lalang dari perlbagai bangsa Muslim. Paling tidak tahan ialah sebilangan mereka yang bercakap kuat sewaktu memanggil atau menerima panggilan sanak saudara dari nun kejauhan. Jadi, aku lebih stabil bila berada dengan Syeikh 'Ajlan di bahagian tingkat atas dengan mendengar siri ceramahnya. Malahan kuliahnya lebih ramai berbanding dengan ceramah para syeikh lain yang turut berada di sana.
Kalau aku lihat kuliah Maghrib seorang syeikh yang aku dah lupa namanya dalam bahasa Urdu, puak Pakistan yang mengelilinginya memang dahsyat. Mereka tidak duduk lagi seperti kebiasaan kuliah yang lain. Mereka mendengar sambil berdiri seolah-olah ada satu demonstrasi yang sedang diadakan. Jadi aku pun tak faham nak mendengarnya, selain berasa kurang senang dengan cara sedemikian yang kelihatan agak agresif. Jadi tidak hairanlah jika Taliban berasal dari sana. :)
Itulah sedikit sebanyak yang sempat aku coretkan pengalaman ketika di sana. Wallahu a'lam!
Jumaat, 5 Februari 2010
Syeikh Dr. Farid al-Ansari yang aku kagumi...
Gambar yang aku ambil ini sekitar tahun 2001 sebelum kepulanganku ke Malaysia. Aku bersama dengan Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar yang baru pulang ke tanah air beberapa minggu lalu (24/1/2010) dan Ustaz Harmee (iaitu adik kepada Syeikh Khairudeen Aman Razali penceramah terkenal di radio IKIM) telah bermusafir untuk melawat beliau.
Sebaik sahaja sampai di rumahnya, beliau menjemput kami masuk dan berehat sebentar. Sebelah petangnya, beliau mengajak kami pergi ke universiti kerana beliau mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan. Kesibukannya itu tidak menghalang beliau untuk melayani kami sebagai tetamunya. Pada sebelah malamnya ketika kami tumpang tidur di rumahnya, beliau banyak bercerita. Apa yang menarik, beliau sewaktu kanak-kanak dan remajanya, beliau cukup dididik dengan disiplin yang tinggi. Antaranya, beliau akan disuruh menyusun selipar di hadapan pintu dahulu sebelum memasuki rumah.
Budaya yang diamalnya itu menyebabkan beliau kehairanan apabila mula masuk ke universiti dengan tinggal bersama para pelajar yang lain. Beliau ingatkan semua orang dididik dengan budaya sedemikian rupa. Terdapat sebuah televisyen di ruang tamu rumahnya. Beliau tidak membeli parabola sebagaimana umum masyarakatnya, kerana beliau memandang perkara tersebut akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Beliau hanya akan membuka televisyennya pada jam 6.00 petang untuk menonton warta berita setempat.
Anak-anaknya pula diberikan masa menonton kartun pada jam 6.30 petang hingga 7.00 malam pada setiap hari. Rancangan atau program TV yang lain tidak dibenarkan kepada mereka untuk menontonnya. Selepas maghrib dan Isyak, anak-anaknya disuruh tidur awal selepas melaksanakan tugasan di sekolah. Manakala beliau akan membaca buku, menulis atau mengulang kaji suatu subjek yang bakal diajarnya.
Kami dipelawa untuk ke perpustakaannya di tingkat tiga rumahnya. Sebuah bilik kecil yang disusun rak buku bertingkat tanpa meja dan kerusi cukup mengujakan. Beliau menunjukkan beberapa buah buku hasil penulisannya dan sesetengahnya dihadiahkan kepada kami. Aku masih belum membaca buku tersebut kerana bagi aku bahasa yang beliau gunakan agak tinggi bagi level aku ketika itu.
Beberapa buah buku lain yang ditunjukkan kepada kami ialah buku ensiklopedia para sasterawan Arab dan syair mereka. Buku itu antara karya yang paling bernilai baginya. Beliau bertekad untuk membelinya sebagai koleksi peribadi dan bahan rujukannya dalam lapangan penulisan yang amat digemarinya iaitu subjek sastera.
Penulisannya amat telus dan bermutu tinggi, gaya bahasanya cukup unik bagi mereka yang memahami bahasa Arab. Istilah yang digunakan olehnya amat berbeza dengan para penulis yang lain. Ini kerana aku yang cuba membaca kolumnya di akhbar Tajdid sering menghadapi masalah memahaminya berbanding artikel berbentuk laporan atau berita.
Perbincangan dengannya sepanjang malam itu, cukup mengasyikkan kerana aku yang pada waktu itu agak terkial-kial memahami bahasa Arab. Namun, aku cukup mengkagumi dirinya yang tidak pernah mengenal penat dan lelah dalam usaha menyebarkan dakwah.
Sebelum aku pulang pada tahun 2001, beliau masih tidak banyak berubah. Layanan beliau terhadap kami yang bertandang ke rumahnya masih disambut dengan perasaan gembira. Hari itu, hari Jumaat dan beliau agak kesibukan dalam menghabiskan tugasannya di universiti dan pulang awal untuk ke masjid sebagai khatib Jumaat. Selepas beliau bersiap dengan mengenakan jubah khatib serta 'burnus' (gambar di atas hanya jubah Maghribi tanpa burnous). Kami turut menuju ke masjid bersama dengan beliau. Kami turut memasuki masjid melalui pintu imam di sebelah belakangnya.
Pertama kali aku di Maghribi mendengar azan yang dilaungkan sebanyak tiga kali dan salah seorang muazzinnya adalah kanak-kanak. Bunyinya cukup syahdu kerana digunakan 2 lagu azan iaitu yang pertamanya lagu Maghribi dan keduanya adalah lagu Syarqi. Almarhum bangkit menjadi khatib selepas itu dengan menyampaikan sebuah khutbah yang begitu bersemangat. Lahjah Darijah Maghribiyah (dialek Arab Maghribi) digunakan hampir sepenuhnya memandangkan audiennya lebih memahami bahasa tersebut.
Selepas tamatnya solat Jumaat, beliau duduk menghadap ke arah makmum dan para makmum mengelilinginya untuk meminta fatwa daripada beliau. Satu lagi pemandangan yang tidak pernah aku jumpai sama ada di Malaysia atau Maghribi sebelum itu. Pelbagai pertanyaan diajukan kepada beliau dan beliau menjawabnya dengan pantas tanpa membuang masa sehinggalah si penyoal tadi berpuas hati. Allahu Akbar! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....
Selepas selesai sesi soal jawab tadi, beliau pulang ke rumah bersama kami untuk menjamu selera. Selepas itu beliau kembali semula ke universiti untuk menyiapkan tugasannya di sana. Perjumpaan kali kedua ini, kami tidak bermalam di sana kerana masih banyak perkara yang kami perlu selesaikan di Kenitra.
Perjumpaan kali ketiga sekitar tahun 2004, beliau datang ke Malaysia bagi satu seminar yang diadakan di sini. Beliau datang bersama rakannya yang banyak menterjemah karya tulisan Badi'uzzaman Said al-Nursi yang berbahasa Turki ke dalam bahasa Arab. Kami sempat berbual-bual di sana beberapa lama dan itulah perpisahan yang terakhir.
Aku terbaca tentang berita kematiannya dalam dua hari lepas dari blog seorang rakan. Pada waktu itu, aku berada di Makkah dalam proses menunaikan haji. Jadi cerita ini begitu lambat sampai kepadaku. Sebenarnya ikatan perjuangan ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Namun jasa dan sumbangan beliau dalam menyampaikan ilmu dan dakwahnya pasti berterusan. Walaupun aku tidak pernah menadah telinga mendengar kuliah-kuliahnya, tetapi semangat yang beliau tonjolkan kepada kami cukup memberi kesan.
Ribuan artikel ditulis oleh beliau dalam Akhbar al-Tajdid yang sebelum itu dikenali sebagai al-Rayah. Ribuan syair dan seloka yang beliau paparkan di dalam buku dan juga kolum akhbar. Nama beliau dikenali oleh setiap Islamis di Maghribi hingga ke Eropah hatta segelintirnya di Malaysia. Morlanya, Jadilah setinggi mana pun kemasyhuran anda, namun anda tidak sepatutnya merasa sombong dan bangga diri.
Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hambaNya yang mulia. Amin ya Rabb!
Pemergian Syeikh Farid al-Ansari rahimahullah
Beliau telah dilahirkan di wilayah Rachidia yang terletak di tenggara Maghribi pada tahun 1380 H / 1960 M. Beliau telah mula berkecimpung dalam arena gerakan Islam sebagai seorang aktivis dan pernah menyertai Belia Islam (sebuah organisasi Islam pertama di Maghribi) di saat kemuncak kecergasan vitalitinya.
• Ijazah PhD dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Hassan 2, Mohammedia.
• PhD Kor Ketiga dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Mohammed V, Rabat.
• Master (Sistem Latihan Jurulatih) dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Mohammed V, Rabat.
• Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Sultan Mohammed ben Abdellah, Fes
Antara karangan ilmiah hasil penulisan beliau ialah:
• Penyatuan (Standardisasi) Dan Pesamarataan Dalam Pendidikan Dakwah (االتوحيد والوساطة في التربية الدعوية) - (juzuk satu dan dua) terbitan Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam, Qatar. Ia telah diterbitkan melalui Rangkaian Kitab Masyarakat Qatar dalam dua keluaran (47 & 48) pada tahun 1416 H / 1995 M
• Penyusunan Kajian dalam Ilmu Syariah: Cubaan Perungkaian Sumber Bermanhaj (أبجديات البحث في العلوم الشرعية: محاولة في التأصيل المنهجي) – telah diterbitkan melalui Penerbitan Al-Furqan, Casablanca tahun 1997
• Pelita Solat: Suatu Penulisan Tentang Objektif Keindahan Bersolat (قناديل الصلاة: كتاب في المقاصد الجمالية للصلاة) – cetakan Darussalam, Kaherah tahun 2009
• Pengistilahan Dari Aspek Usul Al-Fiqh Di Sisi Imam al-Syatibi (المصطلح الأصولي عند الشاطبي) – tesis PhD, terbitan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (المعهد العالمي للفكر الإسلامي) dengan kerjasama Institut Kajian Istilah, Fes, Percetakan An-Najah El-Jadida (مطبعة النجاح الجديدة) - Casablanca, cetakan pertama 1424H / 2004M.
• Melampaui Batasan Politik Dan Gerakan Islam Di Maghribi: Suatu Kajian Pengukuhan Sosial (الفجور السياسي والحركة الإسلامية بالمغرب: دراسة في التدافع الاجتماعي), terbitan Al-Furqan – Casablanca, cetakan pertama 1420H / 2000M.
• Penyampaian Risalah Al-Quran (بلاغ الرسالة القرآنية), cetakan Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.
• Penampilan Wanita Dalam Islam Di Antara Jiwa Dan Persepsi (سيماء المرأة في الإسلام بين النفس والصورة), Terbitan Alwan Maghribia, cetakan pertama, Rabat Top Press 2003M.
• Perjanjian Dalam Liku-liku Pengenalan Kepada Allah (ميثاق العهد في مسالك التعرف إلى الله), percetakan Anfobrant – Fes, cetakan pertama, 1424H / 2003M.
• Kunci Cahaya: Suatu Kajian Terhadap Istilah-Istilah Pembuka Bagi Keseluruhan "Risalah-Risalah Cahaya" Oleh Badi' al-Zaman al-Nursi (مفاتح النور: دراسة للمصطلحات المفتاحية لكليات رسائل النور لبديع الزمان النورسي), terbitan Pusat Kajian Dan Penyelidikan An-Nur di Istanbul dengan kerjasama Institut Kajian Istilah di Fes, percetakan Nesal – Istanbul, cetakan pertama, 2004M.
• Majlis-Majlis Al-Quran,
• Pemahaman Konsep Sebagai Seorang Ahli Ilmu, percetakan Al-Kalimah – Meknes, Maghribi, cetakan pertama 2006M.
• Enam Kesilapan Dalam Gerakan Islam Di Maghribi, percetakan Al-Kalimah – Meknes, Maghribi, cetakan pertama 2007M.
• Fitrah Kebangkitan Semangat Reformasi Yang Mendatang: Dari Gerakan Islam Kepada Seruan Islam, Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.
• Pencerahan Dakwah Dan Fenomena Kepadatan Politik, percetakan Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.
Dan di antara karyanya dalam bidang sastera ialah:
• Dewan Qasidah: Syair, percetakan Al-Ufuq – Dar Al-Baidha, 1992M.
• Janji: Syair, percetakan Anfobrant – Fes, 1997M.
• Jadual-Jadual Roh: Syair, penulisan bersama dengan penyair Maghribi Abd An-Nasir Liqah, percetakan Sindi – Meknes, 1997M.
• Dewan Isyarat, percetakan Dar An-Najah El-Jadida, terbitan Pendukung Warisan di Maghribi, 1999M.
• Penyingkapan Yang Terselindung: Periwayatan, percetakan Anfobrant – Fes, 1999M.
• Kuda Terakhir: Periwayatan, terbitan Dar En-Nil – Istanbul, 2006M.
Beliau juga merupakan ketua Bahagian Fatwa, Masyarakat dan Maqasid Syariah bagi pengajian peringkat Master di Universiti Moulay Ismail di bandar Meknes di samping menjadi ketua Lembaga Ilmiah / Majlis Ilmi bagi bandar Meknes. Karya-karya ilmiahnya yang terkini lebih menjurus ke arah penyerapan dakwah dalam menghasilkan ilmu syariah dan menyebarkan majlis-majlis Al-Quran dan menghayati kandungan risalah Al-Quran dan ia merupakan satu ikutan dari Percubaan An-Nursia (dinasabkan kepada seorang pendakwah Turki bernama Said An-Nursi).
Syeikh ini telah terkenal dengan kebenaran kepercayaannya dan keikhlasan niatnya dan kemolekan akhlaknya dan sifat merendah diri dengan masyarakat, dan tidak meletakkan segala harapannya pada dunia. Walaupun beliau telah menjawat banyak jawatan, akan tetapi beliau tetap hidup dengan penuh kesederhanaan sama ada dari aspek tempat tinggal, makanan mahupun pakaian. Di antara agenda dalam hidupnya ialah menyeru manusia untuk kembali kepada fitrah yang sempurna dan mengembalikan manusia kepada Al-Quran sebagai panduan dan meletakkannya sebagai asas dalam perlakuan, dan inilah antara perkara yang berlegar-legar di segenap penulisannya seperti kitab "Majlis-Majlis Al-Quran Dari Talaqqi Kepada Penyucian".
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Farid_al-Ansari"
