Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Selasa, 29 September 2009

Membuka Rahsia Lailatulqadar


Sewaktu aku masuk ke kelas darjah Empat, situasi sama juga berlaku. Semua muka kelihatan 'moyok' lebih daripada bulan puasa. Muka 'semacam' dan tidak ceria akibat masih terasa bahang hari raya. Aku mula menyuruh mereka membuka buku pelajaran yang sudah banyak ketinggalan kerana 'keletihan' di bulan puasa yang lalu. Semuanya ingin pulang cepat ke rumah kerana tidak lagi dapat bertahan di dalam kelas.

Itulah nasib subjek di masa akhir kelas. Ibu bapa yang kasihankan anak-anak pula sibuk menunggu di hadapan kelas. Ada yang menelefon pejabat bertanyakan masa kepulangan anak-anak mereka yang akhirnya aku sendiri terpaksa korbankan subjek kelas tersebut. Semua pelajar boleh pulang awal termasuklah gurunya juga iaitu aku.

Ehmmm.. memang seronok menjadi guru ini. Mengajar murid-murid yang tidak minat belajar dan ibu bapa pula tidak mahu anak-anaknya belajar lebih masa. Jadi apa lagi yang perlu dilakukan, syoknya berehat di kedai buku... aku boleh membaca dan melayari internet.

"Okey, murid-murid tahu tak apa itu Lailatulqadar?" Soalku pada mereka semua.
Ramailah yang bercakap sesama mereka dan ada yang cuba bertanya soalan.
"Ustaz! Betulkah kalau malam lailatulqadar ini pokok sujud?" Soal salah seorang murid perempuan di tempat duduk belakang.
Aku tersenyum sambil mententeramkan yang lain.
"Pokok sujud ini hanyalah mitos masyarakat kita. Mana boleh pokok sujud." Sangkalku.
Ada juga yang menjawab, "Ustaz! Saya pernah tengok gambar pokok sujud."

Lama aku berfikir dan mengingat semula gambaran pokok tersebut.
"Pokok itu rukuk, bukan sujud." Jawabku semula dan murid tadi tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya bersetuju.

"Semua makhluk di bumi ini beribadah, bertasbih dan memuji Allah Taala. Tetapi kita tidak memahami bahasanya. Allah berfirman: "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (QS. Al-Israa', 17: 44)

Terlopong mereka mendengar penjelasanku.
"Ustaz, jadi bagaimanakah kisah pokok sujud itu di malam Lailatulqadar seperti yang diceritakan oleh ayah saya?" Soal yang lain pula.
"Jawapannya, kisah tersebut tidak wujud. Cuba bayangkan jika pokok itu benar-benar sujud? Apa yang akan berlaku?" Soalku semula.
"Ranaplah rumah kita dan tak sempat nak sambut raya!" Jawab yang lain.
"Tahu tak apa, kalau tak tahu tanya!" Ujarku sambil disambut ketawa murid-murid yang lain.

"Ustaz! Ustaz! Kenapa kita kena pasang pelita dan panjut pada malam menjelang raya?" Soal murid lain yang cuba mencari jawapan yang benar bagi minda mereka.
"Okey, pada malam menjelang hari raya, masayarakat kita sering menyalakan lampu lip-lap, pelita, panjut dan pelbagai jenis lampu lagi kerana inginkan keberkatan Lailatulqadar. Sebab ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan mencari rumah mana yang paling terang untuk dilawati dan diberkatinya." Ujarku panjang lebar.

Murid lain terlopong mendengar ceritaku.
"Keadaan ini sama dengan penganut Kristian yang 'menyirami' cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel (dalam bahasa Perancis). Kisah begitu ada difilemkan dalam filem Deck the Halls (2006) yang dilakonkan oleh Danny Devito. Mereka mengharapkan juga dirahmati pada malam Krismas. Siapa pernah tonton filem tersebut?"

Ramai yang mengangkat tangan kerana pernah menontonnya.
"Jadi, sebenarnya malaikat ini tidak perlukan lampu itu untuk mencari orang yang menyalakannya agar diberkati. Tetapi apa yang sebenarnya, mereka mencari orang yang bangun pada malam tersebut untuk bertarawih pada sebelah sahurnya untuk beribadah dan bermunajat. Jika dia hanya menyalakan lampu sampai ke pagi dan bangun sahur kemudian tidur semula. Apa yang mereka dapat?"

Sebahagian mengangguk-anggukkan kepala, manakala sebahagian lagi berbual atau membuat kerja sendiri. Ada yang faham dan ada yang berwajah 'blur' tidak keruan. Ada juga yang berada di celah-celah itu mengangkat tangan bertanya, "Ustaz, pukul berapa dah nak balik ni?"

"Kamu setuju tak apa yang ustaz cakap ni?" Tegasku.
"Setuju!!" Jawab mereka.
Murid yang agak cerdik menjawab, "Kalau begitu, cerita itu semua tidak betullah ustaz? Kira tak logiklah?"
"Ya!" Jawabku semula ringkas.

Begitulah apa yang dimomokkan di dalam minda masyarakat kita dari generasi ke generasi mengenai misteri Lailatulqadar. Kisah air membeku, kisah langit cerah, kisah hujan turun tiba-tiba dan sebagainya yang menjadikannya tahyul dan khurafat mngenai Lailatulqadar. Hatta aku juga pernah mempercayai kisah sebegitu suatu masa dahulu hehehe....


*Moralnya: Belajar sesuatu perkara itu perlukan fakta yang tepat dan benar. Bukan sekadar sangkaan dan agakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan