Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Selasa, 29 September 2009

Datang Sekolah Selepas Raya

Semalam pada hari pertama aku memulakan kelas. Seperti biasa muridku tiada mood untuk belajar kerana masih lagi dalam 'demam' raya. Mungkin terlalu banyak makan lemang dan dodol. Mungkin juga masih keletihan kerana pulang raya ke kampung nan jauh.

Aku sendiri tidak ada mood kerana turut keletihan. Perjalanan sepanjang tempoh beraya yang terlalu jauh amat memenatkan. Manakan tidak beraya ke rumah mertua di Kedah dan menuju ke Johor pula kerana berlangsungnya pertunangan anak saudara. Amat meletihkan!

"Ustaz, tak payah laa belajar..." Pujuk beberapa muridku.

Dari awal pagi aku masuk kelas, begitulah sampai ke tengahari. Semasa berada di kelas darjah satu, pujukan yang serupa aku menerimanya. Tapi sebelum sempat mereka berkata apa-apa, aku lebih dahulu membebel kepada mereka.

"Okey, kita datang sekolah pada hari ini nak buat apa?" Soalku.
"Belajar!" jawab mereka.
"Bukan nak bermain!" Tegasku.
"Bukan lagi nak beraya!".
Semua terdiam kesepian...
"Kita datang sekolah nak bela...?"
"Belajaaaar!" Jawab mereka, tetapi seorang dari mereka masih termenung. Mungkin mengingati keenakan bangun lambat dan berhari raya di kampung.
"Daniel! Kita datang sekolah nak bela...?"
"Berlariiiiii!" Jawabnya spontan yang disambut gelak ketawa rakan-rakannya...
Ini mesti kes, tak mandi pagi getus hatiku.


*Moralnya: Time orang mengajar kena fokus bebetul... jangan pandang kiri kanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan