Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Ahad, 28 Mac 2010

Majlis Tadarus al-Quran Peringkat Zon Sekolah Rendah


Minggu lepas aku dipelawa menjadi hakim bahagian fasohah dan kelancaran dalam pertandingan hafazan. Peserta hampi 30 orang kesemuanya. Selalunya kami tidak mengetatkan masa kerana pertandingan perlu dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan. Pagi seelah sampai ke lokasi, kami diberikan taklima terlebih dahulu oleh ketua hakim. Selepas itu kami bertolak ke destinasi pertandingan di dalam blok yang ditetapkan. Kami berada di sana 20 minit sebelum pertandingan dijalankan.
Keras pemarkahan diedarkan dan kami diberikan masa untuk berbincang had minima dan maksima bagi markah yang harus diletakkan dalam kertas tersebut agar idak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tidak lama kemudian, pertandingan pun dijalankan dengan begitu meriah sekali.

Kelihatan hakim bahagian munabbih sedang memerhatikan calon yang bakal mengambil kad undian bahagian set hafazan yang perlu mereka baca dalam pertandingan tersebut. Set hafazan itu dibahagikan kepada 5 bahagian iaiatu A, B, C. D dan E.
Contohnya bahagian A terbahagi kepada 4 bahagian kecil pula iaitu seperti berikut:
Bahagian a) Surah al-Fatihah - bahagian wajib dalam semua set yang perlu dibaca oleh para peserta.
Bahagian b) adalah surah biasa seperti Surah al-'Alaq - iaitu bahagian pilihan yang hakim munabbih akan suruh baca dan ulang ayat tersebut, selalunya bagi peserta sekolah rendah ia dalam kategori surah lazim (ayat Lazim bawah daripada surah al-Dhuha yang mempunyai lebih 10 ayat).
Bahagian c) pula adalah surah 'pancung' yang sukar dibaca oleh para peserta dan orang tua. Misalnya surah al-Takwir, al-Muthaffifin dan sebagainya.
Bahagian akhir iaitu d) adalah bahagian surah yang kebiasaannya boleh dibaca oleh para peserta seperti surah yang kurang 10 ayat seperti surah al-Fiil, al-Quraisy dan sebagainya.

Bahagian atas ini adalah gambar para jui yang sihat bergaya. Aku snap dalam keadaan mereka tidak sedar kerana sedang khusyuk mendengar hafazan para peserta. Ada juga peserta yang tidak berjaya membaca surah-surah lain kerana gugup atau gementar. Hanya surah al-Fatihah yang mampu dibacanya. Setiap kegagalan membaca surah-surah ini akan dipotong 15 markah 'tanpa ampun'.
Dalam ramai-ramai tu ada seorang peserta yang tidak boleh baca ketiga-tiga surah ini dan aku memotong markahnya hanya tinggal 2 markah. Syadid tak? Biasa laa kalau lepasan Maghribi memang 'kejam' selalunya eheheh, sebab kami diajar begitu dalam memberi markah. Kalau markah 50, yang 50 itu hanyalah untuk ALLAH yang berhak dengan segala kesempurnaanNYA. 49 untuk Rasul sebagai manusia yang terpilih. 48 untuk para ulama muktabar yang berjuang dengan penuh kepayahan. Begitulah yang kami diajar, jadi membuatkan kami senantiasa memilih perkara terbaik untuk dilakukan.
Disiplin akademik cara 'kesian' sememangnya tidak ada pada kanak-kanak Arab. Tapi di tempat kita, mereka tak boleh buat kerja langsung kalau kita berikan sedikit tekanan. Sememangnya manja, kena rotan sikit mak bapak datang riuh rendah kat sekolah. Jadi?!!! Macam mana mereka nak mantap?
Kalau di Ipoh, selepas waktu bekerja aku pernah melihat kanak-kanak Cina yang berusia 5-6 tahun yang diajar matematik oleh ibunya cukup kasihan. Si ibu yang mengendong adik, sempat merotan sambil menjerit ke anaknya yang tidak boleh menyiapkan matematik mudah tersebut. Budak itu terketar-ketar menahan sakit sambil menangis. Kalau orang kita buat begitu, mungkin generasi kita kebanyakannya adalah golongan pintar matematik.
Seingat aku, matematik yang sering aku gagal dalam ujian dan peperiksaan, mungkin kerana tidak pernah dirotan berbanding dengan membaca al-Quran. Jadi aku memang kerap dirotan jika tidak dapat membaca al-Quran dengan tartil. Bukan setakat rotan, penampar, luku... entah apa lagi laa.. Kalau bab sekolah, awal lagi ayah aku warning, "Jangan sampai abah dengaq cikgu mengadu kat abah ceghita macam-macam...!"
Gulp!??? Tertelan air liur aku mendengar amaran macam itu. Abang aku yang ingin berhenti sekolah masa aku masih belum sekolah, pernah dibelasah oleh ayahku dengan rotan semambu. Berbirat satu badan. Phewww ngeri beb! Tapi sekarang abangku yang belajar setakat SPM mampu menjadi usahawan berjaya di kalangan peneroka Felda. Dia mempunyai dua buah kedai hardware setakat ini. Berkat kena rotan agak aku...
Ayah aku selalu pesan kat aku, "Walaupun tokwan hang ada tanah berelung-relung, abah nak beli motor sebiji pun cari duit sendiri." Jadi, memang ayah aku tak pernah ajar dengan memberi apa sahaja kepada kami, tetapi dia mengajar kami menggunakan idea di kepala untuk mendapatkan sesuatu. Ibarat pepatah Cina, "Jangan biasa memberikan ikan kepada seseorang, tetapi ajarlah dia bagaimana untuk memancing."
Jadi biar kita kedekut sedikit dalam memberi markah agar murid itu lebih berusaha keras untuk berjaya... betul tak?

2 ulasan:

  1. Fikri, teringat nyjang kecik2 dulu... sapa x kenal dgn tok wan g pin. sorg yg gigih/rajin.. tengok la tnm moktan kliling umah sampai blh jual... tp org kg kt, tnm moktan, driyan kat tnh bendang mana nak jadi buah!!! haa.. putih bj mata... la ni.. nyjang pun ada ikut gak skit2, nak mkn driyan kenyang2.. kumpui $$ bli dusun kat kaki gng jerai. klu nak mkn sungguh2 mai la. la ni tgh bbunga....

    BalasPadam
  2. eheh insya Allah... nanti kami p... :)

    BalasPadam