Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 22 Mac 2010

Grafique in Graffiti... Alamghiri dalam seni!


Teknik graffiti ini aku belajar dari internet. Bagi mengaplikasikan di dalam realiti tidaklah sukar sangat. Nanti aku ajar bagaimana cara melakarkannya. Cuba cek gambar Tunku Abdul Rahman tu, memang nampak realistik, sebab ia berasal dari gambar sebenar. Jadi teknik graffiti ini lebih kemas lagi apabila dilakukan menerusi kaedah stensil.

Aku diminta menghasilkan mural 1Malaysia ini sebelum habis cuti sekolah tahun lalu dalam masa 2 minggu. Cuma tekadkan azam dan luangkan masa satu hari. Kerja ini boleh disiapkan dalam masa 2 jam sahaja. Persiapan kena lebih lama laaa untuk create something creative...

Aku dok tercacang kat situ untuk menunjukkan saiz sebenar mural yang dilakarkan ini. Penggunaan teknik ini sebenarnya lebih murah dan menjimatkan masa berbanding teknik lampau yang sememangnya amat memenatkan. Beberapa minggu lepas aku sempat melihat satu hasilan karya kreatif di dinding kelas Kemas, cantik tetapi berasap mulut orang yang membuatnya, sebab terlalu banyak merokok untuk menghasilkan idea di dinding itu.



Dalam beberapa minit sahaja lakarannya ini siap dengan bantuan hanya seorang pembantu sahaja iaitu Ustaz Lah. Pembikinan ala-kadar ini bolehlah dilakukan jika ada orang yang berminat menghasilkan karya dengan teknik yang cepat dan pantas. Kalau nak mengecat satu persatu, itu bukan kerja namanya. Itu mungkin bala (ujian) bagi orang yang mempunyai banyak kerja lain. Bagi aku, semua lakaran ini adalah sebagai satu cara melepaskan segala kekusutan dan tension sepanjang masa di sekolah.

Ini cara yang baik laaa untuk menghilangkan kemurungan. Kalau cara tak baik, selalunya mereka membuat teknik vandalisme dengan memecahkan barang, peralatan, harta benda awam dan sekolah, menconteng dinding dengan kata-kata makian dan carutan. Itu boleh dikira sebagai teknik tidak sihat yang patut diketepikan.

Itu aku menegaskan bahawa Islam membawa sesuatu perkara itu dari kaedah yang tidak baik ke arah bentuk yang natural dan lebih baik. Perkara itu tidak salah dariu aspek asalnya, tetapi ia akan berubah menjadi haram jika ia diselewengkan dan mampu memudaratkan orang lain dari aspek akidah, ruhiyah dan juga fizikal.

Jadi kita kena fikirkan dengan cara yang terbaik. Sewaktu aku berkunjung ke Sepanyol, sepanjang jalan masuk landasan keretapi ke Madrid di Estacion de Atocha. Kelihatan begitu banyak lakaran graffiti yang cukup menarik. Mereka menggunakan ruang rata untuk 'menconteng' dan tidak pada tiang benteng pagar landasan seolah-olah terdapat disiplin di situ untuk membuat graffiti.

Berbeza di tempat kita, mereka menconteng dengan perkataan tidak baik seperti f*ck, anarchy vs peace, b*d*h dan bermacam lagi perkataan yang tidak baik dan tidak sopan. Malah mereka menconteng apa sahaja dan menyusahkan orang lain seperti menconteng papan tanda, menyolek gambar model dengan melukis misai, janggut, tandi dan sebagainya. Hehehe...

Pernah aku berada di Bosnia, sentimen keagamaan yang meluap-luap suatu ketika dahulu di sana antara Islam dan Kristian telah menghasilkan kesan graffiti yang amat menggetarkan jiwa. Mereka melakarkan syahadah dalam tulisan Arab di atas dinding dan batu yang tinggi menunjukkan keberadaan umat Islam di sana.

Mungkin bagi sesetengah umat Islam tidak setuju dengan perkara ini. Tetapi ini merupakan satu rasa yang luar biasa, apabila sepanjang masa kita menelusuri negara kafir tetapi apabila kita sampai di sebuah kawasan umat Islam. Kawasan pinggir kota Sarajevo yang mempunyai kawasan paling ramai umat Islam Bosnia di samping puak Croatia dan Serbia. Kesejahteraan dan kedamaian kembali berlabuh. Tidak terungkap rasanya apabila melihat graffiti diukirkan kalimah syahadah di penjuru batu bukit. Indah sekali!


Gambar di atas ini menunjukkan menara KLCC yang dapat disiapkan sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu terbengkalai. Projek sebegini memerlukan mood juga untuk menghasilkannya kerana peruntukan yang diberikan adalah ciput. Jangan tatau naa!


Muka aku yang berserabut ini menunjukkan kepenatan yang tidak terhingga sehinggakan janggut aku pun tidak terurus. Namun kepuasan menghasilkannya dalam masa 2 jam begitu terasa kepuasannya walau letih. Tarikh itu sekitar bulan Disember 2009. Selepas itu, projek penyempurnaan ini 'terbengkalai' sehingga tibanya musim percutian penggal pertama persekolahan Malaysia 2010.


Kali ini aku mengajak En. Shah seorang pakar komputer untuk bekerjasama dengan aku di sekolah. Tidak sampai 4 jam, kami berjaya menyiapkan sebuah kota metropolitan di bawah naungan 1Malaysia. Hehehe.... Sebelah itu, kelihatan bahu yang agak sasa iaitu En. Shah yang sedang mencuci tangannya setelah habis mengecat. Kalau tengok menerusi gambar ini kelihatan agak perfect, tapi jika dilihat secara real. Memang menyakitkan mata, fungsi ini sama sahaja jika kita melihat wajah seseorang. Dari jauh kelihatan comel lote. Pabila dekat-dekat... wah banyaknya jeragat! Hihihi

Bak kata orang, dari jauh wajahmu bak bulan bercahaya, apabila dekat wajahmu kelihatan bak permukaan bulan. Menggerutu!? Tau tak apa... Kalau kita lukis tak cantik, jangan peduli apa yang orang nak cakap. Sebab ramai orang hanya tahu bercakap, tapi dia tak tahu pun nak buat. Betul tak?

Ini dari sudut sisi, penuh kekalutan kerana setiap semburan cat itu dihalang oleh angin yang agak kuat. Semburannya tidak akan sekata dan nampak menarik. Lagi satu semburannya itu dihasilkan dari tin cat biasa, jika dari set air-brush yang mempunyai pakej lengkap untuk menghasilkan semburan yang halus atau kasar. Memang akan lebih menarik dan mengujakan bagi mereka yang melihatnya. Ingat nak juga beli satu set, tapi entah bila laaa nak guna nanti. Kerja lain pun banyak juga.

Ini dari sudut bertentangan untuk menunjukkan kepada anda bahawa betapa kalutnya jika kita hanya menggunakan free-hand. Bila garisan atau semburan itu tidak lurus dan cantik. Kita boleh mengalihkan pandangan orang dengan menghasilkan titik-titik bintang. Sekali lagi diulang, titik-titik bintang bukan binatang. Atau apa sahaja yang difikirkan menarik. Contohnya, kita boleh buat dot-dot sahaja, daun-daun, love-love dan sebagainya.

Jadikan ia berwarna warni hingga orang teralih pandangan ke arah titik-titik itu. Jika ini berlaku, ia akan menjadikan satu kesan khas. Contohnya apabila kita mempunyai rasa huduh di wajah, kita kena alihkan benda itu menjadi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Bubuhlah make-up tebal-tebal bagi yang non-Islamik, tapi yang Islamik sebaiknya terus berpurdah untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Ehmm betul ke ni? Lu pikir laa sendiri camner nak solve your problem... Hihihi

Ini sebuah lagi keberhasilan yang dapat dikaryakan pada hari yang sama. Satu lagi dinding tong sampah, aku tak sempat nak snap gambarnya. Sebab time tu, perut sememangnya begitu lapar dan dahaga. Atas permukaan ini aku berhasrat untuk menulis lirik lagu Negaraku, bukan negarakuku. Tapi entah bila pula, aku pun tak tahu. Mungkin cuti penggal kedua nanti. Insya Allah.

Inilah gambar penuhnya yang dapat dipaparkan kepada anda semua. Semoga anda sihat wal afiat hendaknya. Sekian terima kasih. Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan