Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Ahad, 28 Mac 2010

Perjumpaan Ahli AFN di PBAKL 2010

Semalam aku sempat ke KL bersama ahli keluarga. Secara kebetulan kami mengunjungi ibu saudara di Damansara yang baru sahaja keluar dari hospital (HKL). Selepas berada selama sejam lebih, kami segera menuju ke PWTC. Setibanya di sana, sempat bertemu dengan kawan rapat ketika belajar dahulu iaitu akh Dr. Ahmad Wifaq a.k.a Izrail dalam laman al-ahkam.net (berkopiah) rakanku yang baru pulang dari Morocco selepas menghabiskan selama 12 tahun di sana dari BA, MA dan PhD.
Itu kelebihan beliau yang jarang dapat ditandingi, kecuali pencabar utamanya iaitu adiknya sendiri bakal Dr. Ahmad Irdha yang bakal pulang dalam 2 tahun lagi juga dengan gelaran Dr. Beliau pulang ke Malaysia awal tahun ini dengan isterinya berbangsa Arab Morocco bersama dua orang anak iaitu sepasang lelaki dan perempuan. Adiknya juga berkahwin dengan wanita Morocco dan baru mempunyai seorang cahaya mata.
Kelihatan dalam gambar iaitu Muhammady07 dengan gaya rambut terbarunya, Ust. Mat al-Ahkam.net (AAN), Tuan Hasan Tuan Lah (THTL) founder alfikrah.net (AFN), Dr. Wifaq dan Ustaz Mukram (sepupu kepada Dr. Wifaq dan juga anak kepada x-Mufti Pahang).

Kami berkumpul di restoran Riverside yang berada di tingkat bawah. Kelihatan dari kiri: THTL, Muhammady07, Dr. Faidhi yang sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan, aku dan juga akh Akob73 yang sedang menandatangani kontrak bukunya yang terbaru eheheh.


Gambar ini pula menunjukkan aku sedang memberikan autograf dalam karya aku bersama akh Akob73 atas permintaan rakan AFN iaitu Ansarussunnah. Semoga buku ini memberikan manfaat kepada beliau. Allahhumma faqqihhu fid din.. Ya Allah fahamkanlah dia dengan hal agama dengan lebih mendalam. Amin...

Selepas menandatangani buku kami bergambar kenangan. Dari kiri: Akob73, Ansarussunah (berdiri di belakang), Haji Fickry (Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf), Tuan Hasan Tuan Lah dan aku.

Banyak yang kami perbualkan dalam usaha memartabatkan karya penulisan dakwah di Malaysia ini. Walau kami hanyalah segelintir kecil yang mampu memberikan sumbangan. Moga sumbangan yang kecil itu dinilai BESAR oleh Allah Taala. Di hadapan aku ialah Ustaz Fakhruddin a.k.a Din Madani al-Ansari, member sekolah lama yang datang dari Kuantan, tahan aku laa sikit sebab dari Temerloh aje.
Dalam pesta kali ini aku sempat juga bertemu dengan seorang pengarah dari sebuah syarikat penerbitan buku Indonesia iaitu Akbar Media, tidak lama yang kami bualkan kerana aku tidak mempunyai idea yang baik untuk diketengahkan.
Hampi 4 jam berada di sana, akhirnya kami pulang ke Temerloh dengan singgah di sana sini. Pukul 1 pagi barulah dapat berlabuh di atas katil... huarghhh! Penatnya badan. Alhamdulillah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan