Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 15 Mac 2010

Kisah haiwan di kampung...


Aku memandu kereta ke Bandar Jengka untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di sana. Kereta yang dipandu oleh aku pada hari itu adalah jenis Camry 'kotak' seperti gelar kawan kakakku padanya suatu masa dulu. Aku pula dikerahkan olehnya untuk membawa kereta tersebut, memandangkan kereta aku seperti sebuah rumah atau perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku dan segala macam 'mak nenek'.

Aku pun memandu keretanya selepas 'puas' membantah pelawaannya itu. Penumpang pada hari itu seperti biasa, isteriku, kakakku dan anaknya Awatif (5 tahun) serta anak sedara aku yang bernama Ijlah (9 tahun) . Kami menaiki sebuah kereta dan kakakku yang seorang lagi dengan keluarganya menaiki sebuah kereta lain.

Memandu kereta yang besar dan 'mahal' memang menyeronokkan kerana tidak perlu kelam kabut sewaktu untuk memotong kereta lain. Ini kerana jalan menuju ke Bandar Jengka agak 'teruk' dan sempit. Tak tau laa bila jalan iu akan dibaik pulih dengan sebaiknya...

Sewaktu kami sampai di kawasan tanah rancangan Jengka 17 tak silap aku, beberapa ekor lembu kelihatan di tepi jalan sedang 'bahagia' meragut umput. Tiba-tiba terdengar sesi dialog kedua anak sedara aku tadi.

Awatif: Ehh... kambing ke tu?

Ijlah: Bukan kambinglah tu Awatif... itu kerbau!

Aku rasa macam nak pecah perut menahan gelak.... yang bertanya dan yang menjawab sama-sama memberikan jawapan yang salah.

Ini biasa bagi budak-budak bawah umur dan jarang melihat haiwan ternakan berkeliaran.... kalau masa aku kecik dulu, haiwan ternakan ini berkeliaran dan selalu dengar cerita motor eksiden dengannya. Arwah bapaku juga pernah eksiden dengan 'kerbau balar' yang kurang kelihatan jika hari 'gelap'. Akibatnya dia terlantar hingga 3 bulan lebih kerana patah tangan.

Jadi itu antara bahaya binatang ternakan yang dilepaskan bebas berhampiran jalan raya yang masih terdapat di sesetengah tempat terutamanya di tanah rancangan.

#Moralnya: Jangan memandu laju di jalan kampung.

* * *

Suatu masa dahulu, abangku sering membawa anaknya yang masih kecil bersiar-siar menaiki motor ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur pada waktu pagi. Anaknya yang masih kecil ketika itu diletakkan di dalam raga motor hadapan. Anaknya yang berumur 3 tahun ketika itu, baru mula pandai bercakap dan menyebut nama-nama haiwan.

Sewaktu dia melihat apa sahaja haiwan yang kelihatan, pasti dia akan menyebutnya.

Tucin!... jeritnya apabila melihat kucing.

Mbuu!.. apabila melihat lembu.

Ayamm! apabila terpandang ayam di seberang jalan.

Ttikk! sewaktu dia terpandang ke arah beberapa ekor itik...

Aaa... tik?!!

Tiba-tiba... dia terdiam sambil memusingkan kepalanya, apabila dia terpandang ke arah haiwan di sebelah parit rumah salah seorang peneroka Felda. Abangku yang merasa pelik dengan tingkah laku anaknya yang tiba-tiba macam tersasul itu, terus memalingkan kepala ke arah haiwan yang menarik perhatian anak kecilnya itu.

Terlihat di sana, beberapa ekor angsa sedang 'rileks' menyudu di parit. Mungkin bersarapan pagi ketika itu. Tahulah dia yang anaknya masih belum diajar menyebut nama angsa yang berbeza dengan ayam dan itik yang sering dilihatnya setiap hari.


#Moralnya: Pastikan anak-anak mengetahui setiap nama atau jenis perbuatan yang dilakukannya. Ini kerana ada sesetengah muridku tidak mengetahui perkara 'nakal' yang dilakukannya itu sebenarnya adalah perbuatan 'jahat'. Allahu akbar!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan