Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 15 Mac 2010

Kosmo: Pejuang Palestin siap tesis kedoktoran di penjara


BAITULMUQADDIS - Seorang pejuang Palestin yang menjadi pegawai pergerakan Fatah, Marwan Barghouti berjaya menyiapkan tesis doktor falsafah (Ph.D) di dalam sebuah penjara di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam beberapa serangan termasuk di sebuah pasar makanan laut di Tel Aviv yang membunuh tiga orang awam Israel.
Marwan yang berusia 50 tahun merupakan antara ratusan banduan Palestian yang meneruskan pengajian di dalam penjara.
Dia diterima masuk oleh Universiti Kaherah dan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian pada tahun 1999, tiga tahun sebelum ditangkap oleh pasukan pertahanan Israel.
Tesis kedoktoran itu bertajuk Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin serta Sumbangannya kepada proses demokrasi di Palestin dari tahun 1996 hingga 2008 dan setebal 341 muka surat.
Ia akan dibincangkan di hadapan panel khas yang diketuai oleh Dekan Akademi Arab bagi Penyelidikan dan Pengajian, Universiti Kaherah, Profesor Ahmad Yussuf.
Marwan mampu menyiapkan tesisnya dengan bantuan ratusan buku dan dokumen yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Israel.
Ahli Lembaga Perundangan Palestin itu menduduki peperiksaan sekolah tinggi ketika dipenjara pada tahun 1980. Marwan kemudian memperoleh sarjana muda dan sarjana dalam bidang sejarah, sains politik dan perhubungan antarabangsa dari Universiti Bir Zeit, utara Ramallah. - Agensi


- Di negara luar perkara ini adalah biasa.... tapi di Malaysia amat jarang kedengaran... mungkin disebabkan jenayah hanya dilakukan oleh orang yang tak bermoral dan berpendidikan rendah. Manakala di luar negara, terlalu banyak halangan yang dilaksanakan terhadap golongan cerdik pandai... dan mereka dipenjarakan dan golongan yang tidak bermoral dan berpendidikan rendah dibiarkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan