Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Ahad, 21 Mac 2010

Aku di pesta buku 2010....



Aku bertolak dari Temerloh dalam jam 10.00 pagi selepas bersiap dan berkemas, aku hanya duduk di sebelah dengan kereta dipandu oleh isteriku. Kami sampai di Hentian Putra dalam jam 12.00 t/hari. Kira hebat juga laaa, isteriku memandu sampai ke depan PWTC. Catatan penting dalam sejarah pemanduannya ehehehe...

Kami terus masuk ke ruang legar PWTC, banyak gerai buku yang bagus-bagus dengan kepelbagaian tajuk buku yang ada. Sepanjang kunjungan aku itu masih terdapat beberapa kekurangan dari kalangan penerbit buku itu sendiri. Antara contoh yang aku terdengar dalam perbualan pelanggan dan penjual/penerbit seperti berikut:

Pelanggan: Encik, buku seni khat tak ada ke?
Penerbit: Oooh buku itu kami tak ada jual lagi...

Aku melihat ke arah kedua-dua mereka, seorang berasa hampa dan seorang lagi hanya dia tidak terkata. Ini sebenarnya poin utama aku ke Pesta Buku, aku dapat mendengar dan melihat apa jenis kekurangan yang ada dalam penerbitan kita.

Ramai penerbit ada citarasa tersendiri, ada yang memfokuskan kepada bidang tertentu sahaja. Namun dari satu aspek, mereka masih belum menepati citarasa setiap pelanggan yang ada. Kadangkala perkara itu dibiarkan begitu sahaja. Kelompongan ini tidak diisi dengan sebaiknya dan ia amat mengecewakan.

Selepas puas aku berpusing sekitar ruang legar di bawah, aku menuju ke ruang legar Karangkraf dengan ruang pameran bukunya yang terbesar dalam pesta buku kali ini. Aku melihat ke iklan dinding yang terpampang besar dan kelihatan buku aku Suci Diri Mencari Ilahi antara yang berada di kedudukan terakhir dalam senarai buku terlaris. Alhamdulillah!


Keadaan agak sesak kerana ramai pengunjung ingin bergambar dengan memuatkan wajah mereka di ruang depan kulit buku (cover). Inilah masanya untuk menjadi model kulit Majalah, ye tak? Di bahagian koleksi buku agama, kelihatan buku aku berada di atas rak paling atas. Fullamak! Cam tak caya je... Tengah dok belek-belek buku aku itu ada juga buku baru yang belum aku miliki. Aku mesti miliki juga buku-buku itu nanti.

Selama aku menulis buku 7 tahun lalu, inilah buku aku yang dikira terangkat sedikit kerana 14 buah buku lampau tiada promosi sebenarnya. Ia ibarat perahu yang hanyut bukannya perahu yang berlayar. Jadi memang susah nak tulis buku tu memang satu hal, nak promosi pun memang satu hal yang lain. Jadi pasrah sahaja le...

Selepas aku berada di sana seketika, aku menuju ke bahagian atas dan terus ke dewan seberang sungai. Di sana banyak juga buku baru yang kelihatan. Kedai buku al-Hidayah, PTS, KarnaDya dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Di sana sempat aku dengan isteri berpakat hendak membeli CD Maher Zain, sudah lama kami mencari CD nya. Tapi manalah nak jumpa kecuali menerusi internet. Lagunya okey laa... buat halwa telinga sementara nak mencari idea...

Selepas puas berkeliling ke sana, kami menuju pula ke bahagian atas untuk melihat beberapa buah gerai lagi di bahagian tersebut yang belum dikunjungi seperti Utusan Karya, Telaga Biru, Fajar Ulung, Jahabersa, Hijjaz Record, Sasbadi dan macam-macam ada!!!

Kalau nak cari kitab ini, dulu aku selalu pergi ke Fajar Ulung sebab dia banyak kitab, tapi sekarang harganya mendongak ke langit dan lupa bahawa masih ada tanah lagi di bumi ini. Phewww! Punya mahal mak datuk! Aku cek harga untuk sebuah buku bab sirah yang terkini, harganya mencecah RM347 sebuah. Perghhh!

Arab situ tengok aku lama membelek buku dan isteri tokey yang dah hampi nak kenal muka aku pun datang tanya apa yang dia boleh bantu aku. Aku sengih-sengih sahaja sambil menjawab tak apa... terima kasih aje. Dia pun belalu pergi kepada orang lain. Pekerjanya yang seorang lagi menyapa aku dengan bahasa Inggeris pelat Arab. Welkam broder! Everi buk hev diskoun.. No problemm...

Memang laa diskaun, tapi kalau harga sampai RM347 sebuah dan dia beri 50% masih lagi dok ada RM120 sebuah. Sedangkan buku itu kalau pergi naik kapal terbang dan pergi ke Mesir, acah aje! Alaa kalau kirim kat student kita yang dok kat Mesir, harga itu tak sampai laa macam tu punya mahal eheheh

Ok laaa, habis kat situ... tengah dok belek-belek lagi, tetiba dengar budak kita belajar Mesir speaking dialek Mesir dengan pembantu gerai Arab kat situ... Wahh hebat! Tapi yang kurang hebatnya, tak usah laa cakap kuat macam kita dok kat Mesir. Orang Mesir memang suka bercakap kuat dan kadangkala hampir memekik... Hampir semua orang dok perati kat diorang berdua. Ini satu kesan pengaruh Mesir yang diterima pakai dan dibawa pulang ke Malaysia.

Aku kat Temerloh pun ada juga seorang lecturer yang suka bercakap kuat, tapi aku kenal dia dari sekolah lagi memang macam gitu. Jadi kalau dia datang dan jumpa aku, memang cakap Arab sekuat-kuat hati la, aku agak satu bandar Temerloh pun boleh dengar dia bercakap eheheh. Tapi biarkan laa...
Sampai ke satu gerai tu, aku melihat demonstrasi penulisan khat dilakukan. Para penulis yang dihasilkan oleh yayasan ini begitu baik dan amat berkualiti. Malangnya, aku melihat para penulisnya itu tidak berjaya membuat sebuah pun buku berkaitan kaligrafi Arab bagi menjawab persoalan pertama yang diajukan oleh pelanggan di tingkat bawah tadi. Kelompongan ini perlu diisi oleh tenaga yang berkemahiran tinggi. Jadi sesiapa yang ada kemahiran bolehlah jumpa aku untuk merealisasikan impian ini.

Banyak juga duit aku kehabisan dalam menjayakan kunjungan ke pesta buku kali ini. Semua yang dibeli bukan untuk dibaca dan dikaji tetapi hanya untuk mengisi kelompongan ruang di kalangan para penulis kita. Maksudnya, aku membeli buku kali ini adalah untuk berkarya, sedangkan banyak juga karya yang di kuun dahulu masih belum siap. Tetapi, apa salahnya... setiap karya dimulakan dengan angan-angan kosong. Betul tak!

Ini sebahagian koleksi buku aku di rak gerai Penerbitan Jahabersa.

Insya Allah, minggu depan aku akan turun semula untuk bertemu dengan para penggiat di AFN (www.alfikrah.net). Sememangnya ini menjadi rutin tahunan kami di sana. Kalau di Eropah, inilah masanya para penerbit dan para penulis berkumpul dalam sesebuah pesta buku yang besar untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman. Tapi di Malaysia, kurang dan jarang-jarang dilakukan. Okey, apa pun nanti jumpa di sana.... :)

2 ulasan:

  1. Salam, lama x ikut perkembangan alam ni.. byk masaelah byk keroje dan banyak lagi ler.. awat x cakap nak datang key el.. bila turun cni lagi? leh ler singgah2 ghumah.. Pesta buku ni ingat nak pegi hr ni.. tp rumah akak dah macam rumah yg dilanggar todak sebab dah 2 minggu akak mengisahkan kerja opis yang byk pg petang siang malam asik membuat kerja yg x mendatangkan pitih tu..kaya nya idak jugak.. makin semekin ade le.. Ingat nak pegi esok le..last day.. Ok kim salam kat azro yang makin cun tu..

    BalasPadam
  2. salam kak... tak sempat nak beritau bila masa turun KL. Gerakerja tak berjadual ni susah, ikut mood ehehe. Lorr semlm saya baru je gi PBAKL buat kali kedua, langsung tak beli apa... just nak tgk buku dan jumpa kawan2 jer... Sambil menziarah mak sedara dgn sefamili yg dtg serombongan ke KL... Memang bz sket bila dilantik sebagai ketua kontijen nih.. ehehe

    BalasPadam