Allah Taala said:

Thus, GOD does not change the condition of any people unless they themselves make the decision to change. [13:11]

Pesan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami bertanya: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa' Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Isnin, 14 November 2011

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.


*Komentar saya

Mengapakah perlu dibebankan dengan kerja sedia ada?
Ramai rakan saya tidak pernah berkira-kira bekerja di luar waktu sekolah... sekalipun hari Sabtu dan Ahad mereka sanggup datang sekolah untuk menyelesaikan kerja dan tugasan di sekolah... itu tidak termasuk dengan kerja luar yang memenatkan dengan pelbagai aktiviti sama ada sukan, kebudayaan, mahrajan dan sebagainya.
Jangan terjadi nanti guru yang kepenatan kerana 'dikerjakan' sehingga 9 jam akan mula berkira-kira dalam melakukan kerja mereka. Pasti impaknya cukup negatif.... dibimbangi semakin ramai murid, kerja sekolah, kerja rumah, anak sendiri dan keluarga sendiri yang bakal terabai...
Bila difikirkan semula, kakitangan kerajaan yang paling ramai adalah guru dan yang paling ramai membangkang di sebelah pihak pembangkang juga adalah guru... maka ia bakal memberi kesan negatif pada pihak kerajaan pada PRU yang akan datang....
Dulu Pak Lah tidak bagi bonus dalam bajet tahunannya dan akibatnya begitu teruk keputusan pilihanraya dalam PRU pada masa tersebut... dan ingatan saya, jangan ulangi kesilapan lalu.... mungkin ada pihak memandang remeh soal ini, tetapi yang remeh inilah yang membawa kesan 'besar' pada masa akan datang.
Jadi pihak berwajib, fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan negara.... Salah langkah, memang buruk padahnya... Wallahu a'lam.

Khamis, 24 Mac 2011

Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji (2011)

Amaran:

Jangan ambil lirik ini tanpa kebenaran kerana terjadi pada tahun-tahun lepas ada sekolah dalam zon, daerah dan negeri telah menggunakan lirik yang sama.... akhirnya pasukan nasyid tersebut terpaksa menarik diri... jadi, sila edit semula lirik ini mana yang patut... jangan sekadar copy n paste....

Ok... semoga berjaya!

Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji
(Hak Cipta Terpelihara)

Acuan iman membentuk akidah
Membina asas yang teguh
Dalam sanubari dan sifat naluri
Membentuk peribadi mulia nan utuh

Segala godaan dapat ditentang
Hasutan terpinggir dari akal fikiran
Perasaan dan emosi dapat dididik
Mencermin fitrah kemanusiaan

Terbentuk nilai akhlak mulia
Menepati hakikat peribadi insan
Menelusuri tabiat perbuatan
Mencorak tanggungjawab dan peranan

Manusia sebagai khalifah Allah
Bersumber akidah Rabbaniyyah
Tetap teguh di gerbang fitrah
Memantap sahsiah kian indah


Dicipta oleh:

Mohd Fikri bin Che Hussain
pada jam 9.10 pagi
24 Mac 2011
Temerloh