Isnin, 14 November 2011
Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.
“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.
Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
*Komentar saya
Mengapakah perlu dibebankan dengan kerja sedia ada?
Ramai rakan saya tidak pernah berkira-kira bekerja di luar waktu sekolah... sekalipun hari Sabtu dan Ahad mereka sanggup datang sekolah untuk menyelesaikan kerja dan tugasan di sekolah... itu tidak termasuk dengan kerja luar yang memenatkan dengan pelbagai aktiviti sama ada sukan, kebudayaan, mahrajan dan sebagainya.
Jangan terjadi nanti guru yang kepenatan kerana 'dikerjakan' sehingga 9 jam akan mula berkira-kira dalam melakukan kerja mereka. Pasti impaknya cukup negatif.... dibimbangi semakin ramai murid, kerja sekolah, kerja rumah, anak sendiri dan keluarga sendiri yang bakal terabai...
Bila difikirkan semula, kakitangan kerajaan yang paling ramai adalah guru dan yang paling ramai membangkang di sebelah pihak pembangkang juga adalah guru... maka ia bakal memberi kesan negatif pada pihak kerajaan pada PRU yang akan datang....
Dulu Pak Lah tidak bagi bonus dalam bajet tahunannya dan akibatnya begitu teruk keputusan pilihanraya dalam PRU pada masa tersebut... dan ingatan saya, jangan ulangi kesilapan lalu.... mungkin ada pihak memandang remeh soal ini, tetapi yang remeh inilah yang membawa kesan 'besar' pada masa akan datang.
Jadi pihak berwajib, fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan negara.... Salah langkah, memang buruk padahnya... Wallahu a'lam.
Khamis, 24 Mac 2011
Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji (2011)
Jangan ambil lirik ini tanpa kebenaran kerana terjadi pada tahun-tahun lepas ada sekolah dalam zon, daerah dan negeri telah menggunakan lirik yang sama.... akhirnya pasukan nasyid tersebut terpaksa menarik diri... jadi, sila edit semula lirik ini mana yang patut... jangan sekadar copy n paste....
Ok... semoga berjaya!
Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji
(Hak Cipta Terpelihara)
Acuan iman membentuk akidah
Membina asas yang teguh
Dalam sanubari dan sifat naluri
Membentuk peribadi mulia nan utuh
Segala godaan dapat ditentang
Hasutan terpinggir dari akal fikiran
Perasaan dan emosi dapat dididik
Mencermin fitrah kemanusiaan
Terbentuk nilai akhlak mulia
Menepati hakikat peribadi insan
Menelusuri tabiat perbuatan
Mencorak tanggungjawab dan peranan
Manusia sebagai khalifah Allah
Bersumber akidah Rabbaniyyah
Tetap teguh di gerbang fitrah
Memantap sahsiah kian indah
Dicipta oleh:
Mohd Fikri bin Che Hussain
pada jam 9.10 pagi
24 Mac 2011
Temerloh
Isnin, 8 November 2010
Antara bahaya selepas musim haji di Makkah
“Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat (hadis lemah). Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
“Membuang gangguan, seperti duri dan najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat.” (Riwayat Khuzaimah)
Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu orang yang lalu lalang, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”
Walaupun kebanyakan hadis di atas adalah lemah kecuali apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, perkara ini menguatkan antara satu sama lain bahawa perbuatan tersebut perlu dihindari oleh kaum muslimin dalam apa cara jua cara dan amalan. Sebaiknya kita tonjolkan amalan terbaik dalam membersihkan laluan orang ramai sewaktu kita berada di sana. Insya Allah.
Semoga amalan kebaikan kita diterima oleh Allah Taala. Amin!
Jumaat, 29 Oktober 2010
Fiesta Buku - Grupbuku Karangkraf di Shah Alam
Jumaat, 15 Oktober 2010
Mari bersolat!
Selasa, 28 September 2010
Bila habis musim raya... sekolah pun bermula
Ini adalah aktiviti yang aku cuba memahirkan diri dalam beberapa bulan ini jika tiada halangan. Memang syok sebenarnya bila kita boleh berkebun ni... dulu aku cukup memperlekehkan bila ada orang ajak berkebun dan berladang. Tapi bila aku dapat 'hasil' dari kederat dan titik peluh aku sendiri. Allahu Akbar! Bahagia rasanya....
Berbalik pada cerita sekolah aku tadi. Aku mula mengajar mereka berkaitan dengan solat yang telah lama ditinggalkan. Budak 'pemulihan' yang sering aku nasihatkan ini adalah kelas akhir daripada 7 buah kelas lain. Kelasnya ialah 4G iaitu 4 Gigih dan ada juga kedengaran guru menyatakan kelas 4 Gagal. Muridnya memang nakal dan 'over' dalam setiap hal. Ada 2 3 orang mereka adalah muka 'tetap' di bilik kaunseling, setiap hari. Bolehlah kalau nak digelarkan juga sebagai 4 Gengster.
Jadi pertamanya, bila aku soal:
"Pagi tadi sebelum datang ke sekolah, kamu semua solat Subuh tak? Cuba angkat tangan siapa yang solat pagi tadi?"
Semuanya tidak angkat tangan. Sama seperti hari yang lepas. Alasannya mudah,
"Ustaz, saya kalo mak tak kejutkan memang tak jaga la... tu sebab tak solat Subuh..."
Jadi, aku pun mula mengajar perkara asas sebelum solat untuk mengembalikan ingatan mereka pada tatacara solat.
"Sebelum kita bersolat, apa yang kita buat terlebih dahulu?" Soalku menduga.
"Kita baca niat.."
"Kita bentang sejadah.."
"Kita baca Allahu Akbar!"
"Kita... bla... bla..."
Pelbagai jawapan diberikan.
"Sebelum itu lagi... Apa yang kita kena buat?" Tegasku lagi.
"Kita ambil wuduk!" Jawab salah seorang dari mereka.
"Yup, bagus! Itulah jawapannya. Kita kena ambil wuduk atau air sembahyang terlebih dahulu." Aku memuji murid yang berjaya menjawabnya.
"Okey... ustaz nak 'test' sorang-sorang nih, cara yang betul untuk mengambil wuduk. Sapa nak cuba dulu?" Ujarku. Semua mereka, asyik berbual cerita hari raya dan masih tidak bersemangat untuk belajar.
"Siapa nak cuba?" Ulangku lagi... tapi nyata 'hampas' yang aku dapat. Seolah-olah aku bercakap seorang diri.
"Okey, Abang ni dulu... Bangun! Tunjuk cara mengambil wuduk..." Perintahku pada murid yang duduk di tepi sekali di sebelah kanan.
Dia pun dengan muka 'sengal' kerana terpaksa, bangun terhegeh-hegeh menyambut perintahku.
"Mula basuh tangan... lepas tu, mulut... lepas tu lagi apa yer?"
"Masukkan air dalam hidung!" Jawabku kerana semakin lama menantikan jawapannya.
"Haa masukkan ke hidung... lepas tu basuh muka.." Jawabnya penuh keyakinan.
"Okey, sebelum basuh muka tu, kena baca apa?" Dugaku, kerana berdasarkan sukatan pelajaran memang diberatkan dengan 'memasang niat' atau melafazkan niat.
"Baca al-Fatihah!" Jawab seorang murid yang sedang mengelamun...
"Kah kah kah......" Disambut hilai ketawa rakannya yang lain.
"Yo lah tu!" Jawabku menafikan jawapannya, teknik mengiyakan benda yang salah ini dalam bahasa Arab dikenali sebagai 'Istifham inkari'. Misalnya, ustazah aku selalu cakap kalau kami beri jawapan salah, "Betul ke tu cik abang oiii? Cuba perhati molek-molek." Kena saja ayat sebegini memang SAH le, jawapan itu salah.
Jadi, yang kawan tadi puas juga memikirkan jawapannya. Aku pun segera membantunya dengan menyatakan bahawa dia perlu berniat terlebih dahulu.
"Nawaitu...." Baru sahaja aku sebut kalimah itu.... berhamburanlah anak-anak muridku menyambungnya. Wahh agak terkejut aku melihat sebahagian mereka boleh membaca niat wuduk dengan lancar. Lantas aku bertanyakan muridku yang sedang berdiri tadi, kelihatan dia pun 'agak boleh' melafazkan niat ringkas tersebut.
"Okey abang, baca niat wuduk tadi, dapat ke tidak?" Soalku.
"Dapat!" Jawabnya konfiden.
Dengan suara yang kuat dan penuh keyakinan yang teguh. Dia pun melafazkan niat wuduk tersebut, "Nawaitu wudhu`a liLLAHi Taala."
"Okey, bagus... maknanya pula?" Pintasku.
"Sahaja aku mengambil air sembahyang 'dua rakaat' tunai kerana Allah Taala."
"Opss, mana ada rakaat dalam wuduk!" Ujarku, membetulkan kesalahannya sambil menahan gelak. Manakala, rakan-rakannya yang lain, berdekah-dekah ketawa berguling-guling di atas karpet surau. Sedang mereka tidak tahu lagi apakah nasib mereka selepas ini. Hehehehe..
Moralnya: Selalu-selalulah solat.... Jangan time cuti, semua aktiviti pun nak cuti jugak!
Selasa, 24 Ogos 2010
Mercun HARAM dari pelbagai aspek
- Aspek agama sebab main mercun ni adalah perbuatan org yg beragama buddha. Time raya Cina jer mesti dia bakar mercun supaya hantu lari. Jadi bila kita menyambut satu budaya bangsa lain ia adalah Haram. Nabi larang dengan sabdanya, "man tasyabbaha bi qaumin fahuwa minhum". (Sesapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka dari kalangan mereka lah juga). Ada orang nak pakai baju raya macam baju tok sami? Style baru katanya.... jadi haram ler kalo wat jugak.
- Aspek ekonomi plak, setiap perkara yang membawa kepada pembaziran dan tidak berfaedah dilakukan adalah Haram. Beli mercun 30 batang dengan harga sampai RM400, lepas tu bakar tak sampai 10 minit. Bayangkan kalau duit RM400 tu disedekahkan kepada anak yatim, besar faedahnya kan?
- Aspek kesihatan plak, Firman Allah: Jangan kamu campakkan tangan kamu dalam kebinasaan. Jadi, main mercun ni sememangnya berbahaya. Boleh memutuskan jari sendiri, mencederakan org lain dan membakar rumah jiran tetangga. Orang lain seronok beraya, yang anak cucu kita beraya di spital... jadi jgn memudaratkan diri!
- Aspek sosial plak, kalo kita beri kebebasan kepada anak2 main mercun ini. Ia mampu mengganggu ketenteraman masyarakat dan kwsn kejiranan. Ganggu anak jiran nak tido, demam, sakit dll. Ganggu atuk nenek nak solat terawih dan ngaji Quran. Kalo dia main dlm rumah dia tak per... nih dia baling merata naik atas bumbung jiran... melatah2 makcik tu sambil basuh pinggan, kira ok lagik... kalo sakit jantung amacam? Tak ke bungkus macam kuih lopis nanti.... hush! tak beraya org tua tu nti...
- Tambah ler satu lagik... bebelan ku ini. Aspek kejiwaan pun ada gak sebenarnya. Kalo org nih terganggu pemikirannya dek bunyi letupan sokmo... ganggu anak/baby dia nak tido... menyirap je darah nye... kalo sirap limau ok lagik time buka pos...a... nih 'sirap darah suam' dek api kemarahan ke budak main mercun. Kalau jiran tu kuar rumah dan dia tangkap anak kita yg duk cucuh mercun dan bagi pelompang sekali. Apa perasaan kita? Tentu marah jugak. Jadi jiwa dan mental antara jiran mula tak berapa normal. Nak marah salah, tak marah kang pon salah... jadi semua tunjuk moncong sedepa. Trauma cenggini bakal berlarutan sampai raya 2 tahun lagik kalo tak dibendung dari sekarang.....